Alhamdulillah... Di pagi 2 Ramadhan aku masih
mampu untuk celikan mata ku dan masih bernafas. Aku bangun untuk siapkan diri
dan berehat seketika. Semalam aku berbuka puasa bersama ibu ku di 1 Ramadhan.
Tetapi hari ini aku perlu meninggalkan ibu ku kerana perlu pulang ke Ipoh
kerana hari Isnin aku sudah ada kelas. Berat rasa hati ini untuk tinggalkan
emak aku berbuka puasa seorang diri kerana adik aku bekerja di bazar ramadhan
manakala kakak aku berbuka di rumah mertuanya. Tapi apa kan daya,terpaksa la
akur.
Selesai sahaja solat Zohor aku terus kemaskan
barang-barang aku. Kali ini aku perlu pastikan semua barang aku masukkan ke
dalam beg, selalunya aku mesti akan tertinggal barang jika aku balik ke
kampung. Setelah selesai mengemas barang aku pun hidupkan enjin motor aku,agak
garang bunyi enjin aku. Siap selesaikan apa yang patut,aku pun bersalam dengan
ibuku. Agak sebak rasanya. Dari kampung aku,Kampung Sungai Udang Yan aku
bertolak tepat jam 2.00petang. Aku pun berlalu pergi menuju ke Ipoh tempat aku
belajar.
Minyak di dalam tangki motor aku masih banyak
jadi akumengambil keputusan untuk mengisi semula minyak di hentian R&R
Juru. Aku memang selalu isi minyak di Juru. Aku teruskan perjalan, dalam 10
minit perjalanan sampai sahaja aku di Guar Chempedak terlintas di fikiran ku
untuk keluarkan sedikit duit kerana aku ingin membeli barang di Seberang Jaya
nanti. Selesai saja keluarkan duit dari ATM aku sambung semula perjalanan
menggunakan jalan utama Sungai Petani – Alor Setar. Hampir 20 minit perjalanan
aku hampir sampai di persimpangan masuk Sungai Petani Utara. Di situ tiba-tiba
fikiran ku menjadi celaru samada ingin masuk melalui Sungai Petani Utara
ataupun Selatan. Oleh kerana fikiran yang berbelah bagi aku hampir dilanggar
sebuah bas, mujur ketika itu aku sempat untuk mengelak dan secara tak sengaja
aku terus masuk ke susur masuk Sungai Petani Utara. Tak mengapa, aku teruskan
perjalanan aku lagi. Perjalanan ku masih panjang dan dijangka pukul 3.15petang
aku akan sampai di Ipoh.
Dengan cuaca yang agak panas dan aku pula
berpuasa, aku mula rasa letih dan mengantuk. Tapi aku kuatkan diri,teruskan
juga perjalanan. Tiba saja aku di susur keluar Seberang Jaya aku teru keluar
dan menuju ke Bandar Perda tempat lama aku bekerja. Aku ke situ kerana ingin
membeli barang dan aku tahu barang yang aku cari ada disitu. Aku terus ke kedai
berkenaan. Hampir 10 minit aku dikedai tersebut. Sebelum aku teruskan
perjalanan aku pasangkan ‘earphone’ di telinga agar aku tidak terlalu mengantuk
dalam perjalanan nanti. Dari Bandar Perda tersebut aku tidak bercadang untuk
terus masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan sebaliknya aku menggunakan jalan biasa
terlebih dahulu. Aku masuk ke lebuhraya melalui susur masuk berhampiran Auto
City. Di situ aku sudah terlepas jalan masuknya dan tepaksa aku mencari tempat
yang sesuai untuk berpatah balik kerana jalan disitu agak sibuk. Sebaik sahaja
aku menaiki lebuhraya Utara-Selatan terlintas di fikiran ku yang aku masih
belum mengisi minyak. Hentian R&R Juru sudah terlepas. Berbekalkan minyak
yang sedikit aku teruskan juga perjalan,mungkin aku sempat untuk mengisi minyak
di petrol pum berhampiran Plaza Tol Juru. Tiba saja aku di Plaza Tol Juru
keadaan jalan amat sibuk dan menyukarkan aku untuk melintas kerana petrol pum
ter berada di seberang menghala ke utara tetapi aku menghala ke selatan. Jadi
aku batalkan niat aku,dan aku teruskan perjalan serta berharap baki minyak di
dalam tangki masih mencukupi untuk aku sampai di susur keluar seterusnya.
Alhamdulillah aku sampai di susur keluar Sungai Bakap,dan aku pun keluar dari
lebuhraya, tetapi aku tidak tahu dimana letaknya petrol pum terdekat. Aku hanya
berserah dan terus menunggang motosikal ku sambil berharap agar aku jumpa
petrol pum. Akhirnya aku jumpa petrol pum Caltex dan terus mengisi minyak
disitu. Tanpa membuang masa selesai
sahaja mengisi minyak aku naik semula ke Lebuhraya melalui susur keluar yang
sama. Aku teruskan perjalanan.
Perjalanan yang amat membosankan dan aku
merasa amat mengantuk. Radio yang aku pasang tidak dapat lagi mengubat
mengantukku. Aku teruskan perjalanan sehingga aku sampai di Hentian Sebelah
Alor Pongsu dan aku mengambil keputusan untuk berhenti sekejab. Aku ke tandas
untuk mencuci muka. Sambil berehat dapat juga aku redakan sakit ku ini,sejak
dari awal perjalan aku sudah berasa sakit dan sepanjang perjalan aku hanya
mampu menahan.(jangan tanya sakit apa). Aku hidupkan semula enjim motor aku dan
kedengaran bunyi yang agak garang, tapi aku tak hiraukan.
Aku sambung perjalanan ku semula. Aku teruskan
perjalanan aku tanpa henti dan bercadang hanya akan berhenti di Hentian R&R
Sungai Perak. Aku harungi perjalan dengan asyiknya tanpa menghiraukan keadaan
sekeliling. Kelajuan motor aku mencecah 100km/j. Sedar tak sedar Hentian
R&R Sungai Perak hanya tinggal 2km dihadapan.
Tiba-tiba motor aku tersentap dan menjadi
perlahan. Aku lihat meter minyak, minyak masih ada. Aku mengambil keputusan
untuk berhenti sekejab di tepi lebuhraya untuk periksa apa yang patut. Sebaik
sahaja aku berhenti enjin motor aku turut mati. Hati aku menjadi tak senang.
Aku cuba untuk hidupkan semula. 2 ke 3 kali aku cuba dan akhirnya motor aku
hidup semula. Aku merasa amat lega tambahan pula aku berseorangan, kalau motor
meragam di atas lebuhraya, faham-faham aja lah apa persaannya. Aku sambung
semula perjalanan aku, kali ini aku menunggan dengan lebih perlahan, risau jika
apa-apa berlaku pula. Tiba di Hentian R&R Sungai Perak aku berhenti untuk
berehat dan pada masa yang sama aku cuba untuk memeriksa keadaan motorsikal
aku. Keadaan motorsikal aku seperti biasa cuma bunyi enjin yang agak garang,
mungkin kerana perjalanan yang jauh tambahan pula hari yang agak panas. Aku
berhenti tidak lama. Aku sambung semula perjalanan aku untuk ke Ipoh.
Perjalanan aku kali ini mula mengharungi
bukit. Turun naik bukit sudah biasa dengan aku kerana selalu jugak aku pulang
ke kampung. Dengan baki minyak yang ada di dalam tangki aku yakin akan sempat
sampai di Ipoh. Aku hanya mampu tawakal sahaja.
Motor aku mula mendaki bukit menuju ke puncak
iaitu di Terowong Menora yang dikhabarkan banyak kisah misteri, tapi ni bukan
cerita seram. Perjalanan aku seperti biasa sahaja sehinggalah aku tiba di
kilometer 256.2 tiba-tiba sahaja motrsikal aku sekali lagi rasa tersentap dan
menjadi perlahan malah kali ini lebih teruk. Aku tahu motorsikal aku ada
masalah enjin. Aku teru berhenti di laluan kecemasan, laluan kecemasan tersebut
hanya seluas lebih kurang dua kaki. Sebaik berhenti motorsikal aku terus sahaja
mati. Aku terus menanggalakan ‘earphone’ yang aku pakai tadi. Aku mula cemas,
keadaan di situ agak bahaya dengan laluan kecemasan hanya seluas tidak sampai
dua kaki. Aku cuba hidupkan semula motorsikal aku tapi enggan hidup semula. Aku
terpandang papan tanda “Hentian Kecemasan 250m”. Aku teru menolak motorsikal
aku ke hentian kecemasan tersebut. Cuba bayangkan menolak motorsikal
bersendirian di laluan yang sibuk dalam keadaan menaiki bukit. Termengah jugak
aku dibuatnya. Dalam fikiran aku Cuma terfikir “Ya Allah, ujian apakah yang
Engkau berikan ini”. Sambil menolak motorsikal aku cmua hanya mampu berdoa
sesuatu yang baik akan segera datang. Aku mula berpeluh dan tercungap-cungap.
Tidak sampai 100m aku menolak , tiba-tiba
datang dari arah hadapan aku sebuah motorsikal ke arahku. Dengan melawan arus,
dia cuba untuk mendapatkan aku. Dia terus berhenti dihadapan aku. Seorang
lelaki berusia lebih kurang 40an. Ketika itu aku hanya mampu bersyukur Ya Allah
pertolonganMu datang kepada ku. Pakcik itu bertanya kepada ku “apa yang rosak
nak”. Aku pun menjawab “mungkin rosak enjin pak cik”. Dalam ketika itu sempat
pakcik itu bertanya aku dari mana dan nak ke mana. Dalam keadaan jalan yang
agak sibuk pakcik tersebut mencadangkan aku untuk berpatah balik ke kampung nya
yang tidak jauh dari tempat tersebut. Katanya di kilometer 254 ada satu jalan
keluar hanya untuk motorsikal menuju ke kampungnya. Pakcik tersebut menolak
motorsikal ku menuruni bukit dan melawan arus Lebuhraya yang sibuk.
Sekali-sekali aku diberi isyarat lampu oleh kenderaan dihadapan
aku,kebanyakannya lori dan bas kerana dalam keadaan menaiki bukit kebiasaannya
kenderaan berat akan berada di sebelah kiri jalan.
Tiba saja di kilometer 254 pak cik
tersebut masuk melalui sebatang jalan
sempit di tepi lebuhraya tersebut. Aku mula memasuki sebuah kampung dengan
motorsikal ku di tolak oleh pak cik itu. Selama ini aku tidak pernah sedar akan
kewujudan kampung tersebut. Pakcik itu terus menolak ke ke sebuah rumah
dihujung kampung berkenaan. Di rumah tersebut, terdapat sebuah bengkel
motorsikal dan dapat kelihatan beberapa motorsikal di dalam bengkel tersebut.
Sampai di situ barulah pak cik itu memperkenalkan dirinya. Namanya PakCik Syed
dan nama mekanik tersebut ialah PakCik Seli. Tetapi pada ketika itu Pak Cik
Seli tiada di rumah hanya ada anak perempuannya di rumah. Pak Cik Syed suruh
aku mengambil nombor telefonnya dan nombor telefon Pakcik Seli. Pak Cik Syed
juga menyuruh aku untuk meninggalkan kunci motorsikal ku. Pada mulanya aku
tidak berapa yakin untuk meninggalkan motorsikal ku di situ. Tetapi difikirkan
semula, dengan pertolongan Pak Cik Syed peluang aku untuk sampai di Ipoh
semakin cerah. Pak Cik Syed mempelawa untuk menghantar ku ke Ipoh, katanya dia
juga ingin ke Ipoh. Aku merasa segan, mahu tak mahu aku kena akur dengan
pelawaan Pak Cik Syed kerana itu sahaja bantuan yang aku ada ketika itu.
Aku pun membonceng motosikal yang di tunggang
Pak Cik Syed. Sempat juga Pak Cik Syed tunjukkan rumahnya kepada aku. Kami
terus ke lebuhraya untuk menuju ke Ipoh. Dalam perjalanan tersebut pelbagai
perkara diborak kami. Pak Cik Syed ada memberitahu aku bahawa adiknya ada
mengajar di Politeknik aku belajar. Dalam perjalanan tersebut aku merasa mat
bertuah kerana bertemu dengan Pak cik Syed yang amat baik hati. Kadang kala aku
merasa segan, tapi apakan daya itu sahaja bantuan yang ada ketika itu. Jam
6.00petang aku tiba di hadapan rumah sewa aku, aku menghulurkan sejumlah wang
kepada Pak Cik Syed tetapi dia menolak. Aku bertambah rasa segan dan serba
salah. Pak Cik Syed hanya berkata dia Ikhlas membantu aku dan hanya berharap
aku mendoakan kebahagiannya dan dimurahkan rezeki. Pak cik Syed terus berlalu
pergi, katanya dia hendak mengambil anaknya dan hendak ke Bazar Ramadhan,
katanya lagi anaknya sudah lama menunggu.
Hari ini aku rasa sungguh bersyukur kerana aku
dipertemukan dengan Pak Cik Syed. Sukar nak cari orang yang sanggup berhenti di
lebuhraya menghulurkan pertolongan kepad orang yang tidak dikenalinya. Pada 2 Ramadhan ini aku telah di uji dengan
pelbagai ujian dari Allah. Tetapi jika kita memohon pertolongan daripada Allah,
percayalah Allah akan membantu mempermudahkan urusan kita. Insya’Allah.
No comments:
Post a Comment