Saturday, 8 June 2013
Strategi Rompakan
Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank :
"semua orang tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tetapi nyawa anda kepunyaan anda"
**Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." -berfikir lain daripada yang lain.
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya :
"Tolong bersopan! ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol"
**Ini dipanggil sebagai profesional." -Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!
Apabila perompak bank berkenaan kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):
"Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak tua menyangkal dan berkata :
"Kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira? Malam ni kita tonton berita di TV, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."
**Ini dipanggil "Pengalaman" -Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas.
Selepas perompak bank beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan segera. Tetapi penyelia berkata kepadanya :
"Tunggu, mari kita ambil $10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!"
**Ini dipanggil "Inovatif" -Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk menguntungkan anda.
Penyelia berkata :
"Alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
**Ini dipanggil "berpandangan jauh" - Merancang masa hadapan selangkah lebih awal.
Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $100 juta telah dirompak dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya mendapati hanya terdapat $20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu :
"Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $20 juta tetapi pengurus bank mengambil $80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."
**Ini dipanggil "Pengetahuan" -Pengetahuan kunci kejayaan hidup.
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
**Ini dipanggil "Sambil menyelam minum air" - mempergunakan peluang lain yang ada untuk mencipta peluang yang lain.
SOALAN : Siapakah perompak sebenar di sini?
credit....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment