27 Jun 2013 - Kuala Lumpur. Sekarang negara kita sedang di landa jerebu yang agak dasyat. Dan di sebalik kejadian jerebu tersebut, berlaku beberapa tragedi yang tidak di duga.
Gambar di atas adalah gambar tetamu yang datang tidak di undang di sebalik jerebu yang berlaku. Namun, negara kita dikira bernasib baik apabila datang satu lagi tetamu untuk mententeramkan keadaan.
Gambar di atas menunjukkan adi wira tersebut yang datang menjalankan tugas untuk mententeramkan keadaan. Namun, kekuatannya tidak mampu untuk menangani saingan dari lawannya. Bantuan segera diminta dari rakan sejawatnya yang juga seorang adi wira di negara asal mereka.
Gambar di atas di ambil ketika ketibaan adi wira tersebut di negara kita. Adi wira tersebut memerlukan bantuan pasukan keselamatan negara kita dalam misinya ini. Hal ini kerana keupayaannya agak terbatas.
Di lokasi yang lain pula, satu lagi tetamu tidak diundang telah singgah di negara kita. Namun, tetamu tersebut segera di bendung dari melakukan lebih banyak kerosakan di atas muka bumi Malaysia ini apabila datangnya satu lagi adi wira yang juga merupakan musuh ketatnya.
Dalam kejadian tersebut, kita di masih bernasib baik kerana pertempuran untuk mengusir tetamu yang tidak diundang tersebut berlaku di kawasan luar bandar.
Hasil daripada rentetan kejadian yang berlaku, pihak berkuasa tempatan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan untuk meneliti perkara tersebut dengan lebih terperinci. Sebuah pasukan khas diwujudkan bagi membantu adi wira yang berjuang secara sulit.
Hasil daripada siasatan, pihak berkuasa mendapati bahawa kejadian kedatangan tetamu yang tidak diundang tersebut adalah satu konspirasi terancang. Perkara tersebut di sahkan oleh ketua polis negara apabila mereka berjaya mengumpulkan sebuah bukti kukuh untuk mengaitkan perkara tersebut.
Seorang juru gambar amatur telah berjaya mengambil sebuah foto yang merupakan sebuah bukti yang kukuh daripada rentetan kejadian yang berlaku ini. Foto tersebut menunjukkan bahawa kejadian jerebuyang berlaku ini juga merupakan salah satu daripada angkara pihak konspirasi tersebut.
Gambar di atas menunjukkan punca daripada kejadian jerebu yang melanda negara kita sekarang. Berdasarkan maklumat siasatan, si pelaku ini merupakan rakan senegara dengan musuh yang pertama.
Pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan terkawal dan rakyat Malaysia tidak perlu kuatir. Namun, barangsiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan konspirasi ini sila maklumkan di mana-mana balai polis yang terdekat.
Rakyat Malaysia boleh menjalankan kehidupan seharian seperti biasa, pihak PDRM akan memaklumkan maklumat dari masa ke semasa.
~~rekaan semata-mata.
~~~gambar dari laman FB Himpunan Cerita Lawak
No comments:
Post a Comment