Monday, 3 June 2013

Sembunyikan RIAK

Menderma adalah satu amalan yang amat mulia di mana kita telah mengeluarkan harta kita untuk kemudahan atau kesenangan pihak lain dengan niat membantu. Hari ini terdapat pelbagai kaedah atau saluran untuk kita mengpraktikan amalan ini. Derma juga tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit tetapi boleh dipelbagaikan kaedah dan bentuk sumbangan tersebut.

Menderma kepada masjid juga adalah salah satu kaedah untuk kita melaksanakan amalan menderma ini. Di setiap masjid atau surau pasti ada tabung derma tersebut. 

Bagi lelaki, setiap kali Jumaat pasti akan melalui saat di mana tabung masjid akan dihulurkan kepada setiap jemaah bagi sesiapa yang berhasrat menghulurkan sumbangan atau derma kepada masjid. Alhamdulillah... setiap kali Jumaat pasti ramai yang akan menghulurkan derma kepada masjid. Secara tidak langsung derma ini dapat membantu kos operasi masjid atau pembangunanya. 

 gambar hiasan


Dengan adanya inisiatif ini, kita dapat melazimkan amalan derma kita. Amalan ini juga dapat dijadikan bekal kepada kita semasa di akhirat kelak. 

Namun ada sebuah kisah yang ingin penulis ceritakan di sini berkaitan dengan derma tabung masjid ini. Kisah ini berlaku di sebuah masjid yang tidak berjaya dikenal pasti dan menurut sumber masjid tersebut berada di negeri Kedah. Kisah ini diceritakan oleh seorang lelaki yang diceritakannya melalui laman blog. 

Kisah ini bermula apabila lelaki tersebut pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk bercuti. Pada hari Jumaat, seperti biasa kaum Adam akan ke masjid bagi menunaikan Solat Jumaat. Pada hari tersebut Solat Jumaat berlangsung seperti biasa bagaimana lazimnya. Apabila telah selesai solat, para jemaah pun pulang dan yang tinggal hanyalah Ajk masjid tersebut. Lelaki tersebut adalah anak kepada salah seorang AJK masjid tersebut.

Setelah siap berkemas apa yang patut, dia membantu ayahnya untuk mengira wang derma tabung masjid bersama-sama AJK masjid yang lain. Semasa mengira dia terjumpa segulung wang kertas seringgit yang agak aneh. Setelah dibuka, terdapat wang kertas RM10 yang digulung di bahagian dalam RM1 tersebut. Dia bertanyakan kepada ayahnya tentang perkara itu. Ayahnya menjawab "tiap-tiap minggu pasti ada duit itu". Agak aneh bagi dia apabila setiap minggu hamba Allah tersebut akan menderma RM 11 dan keadaan wang yang sebegitu. Apakah motifnya setiap minggu menderma RM 11 dan kenapa RM 11.



Setelah difikirkan ini lah taktik ke syurga. Pasti hamba Allah tersebut ingin menyembunyikan perasaan riaknya semasa menderma. Tak kira lah sembunyikan daripada jemaah lain mahupun dirinya sendiri. Apa yang dilakukannya ini adalah satu perkara yang jarang dilakukan oleh kebanyakan orang. Niat sebenarnya hanya hamba Allah tersebut sahaja yang tahu.

No comments:

Post a Comment