Kisah
perjalanan ini mengisahkan perjalanan pulang ku dari Ipoh ke Tapah pada jam
lebih kurang 9.00 malam pada 15/3/2013. Agak menarik untuk diceritakan apa yang
aku hadapi sepanjang perjalanan ini. Semua ini bermula apabila aku datang ke
Ipoh untuk mengambil Baucer Buku 1 Malaysia di tempat aku belajar. Kenapa
tarikh ini?. Rakan-rakan sekelas aku yang tetapkan tarikh nie, katanya nak
berjumpa kerana lama tidak berjumpa. Apa aku buat kat Tapah? Aku sebenarnya
sedang manjalani latihan industri di Tapah, termasuklah rakan-rakan aku yang
lain tetapi lain-lain tempat, itu yang nak jumpa sangat. Ramai la jugak yang
turun ke Ipoh pada hari tu.
PERJUMPAAN
Memang
kebetulan dan kena pada tarikhnya. Ramai juga yang aku jumpa kali ini. Berjumpa
dengan kawan-kawan aku dan berjumpa dengan pensyarah-pensyarah aku. Mungkin
juga kebetulan, aku dapat berjumpa dengan generasi baru Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) dan juga ayahanda JPP yang agak lama aku tak jumpa walaupun tidak
sampai setahun tetapi perasaan rindu cukup membuatkan seolah-olah sudah lama
tak berjumpa. Aku juga dulu salah seorang dari JPP, malah beberapa orang rakan
sekelas aku juga ahli JPP. Setelah ramah berborak ayahanda JPP, En Fadil
mengajak kami untuk pergi minum dan borak bersama-sama dengan generasi baru
ini, katanya unutk berkongsi pengalaman. Di kedai makan memang kami tak
henti-henti bersembang, dan generasi baru ini juga memang tak kurang ramahnya.
Sekali-sekala sakat-menyakat antara kami, maklumlah lama tak berjumpa.
Sedar
tak sedar sudah nak masuk waktu Zohor, dan seperti biasa kaum adam kena lah ke
masjid. Kami pulang ke poli, dan aku masih bersama en Fadil. Sementara menunggu
azan aku, en Fadil dan ketua jabatan HEP berborak seketika maklumlah dah lama
tak berjumpa. Untuk pengetahuan hubungan kami JPP dengan HEP memang akrab.
Masjid terletak betul-betul dihadapan poli aku, jadi tidak risau lah kalau
terlambat. Waktu Zohor kian hamper, aku dan En Fadil keluar dari pejabat HEP
unutk ke masjid. Di luar kelihatan beberapa orang pensyarah-pensyarah lelaki
sedang berborak sambil menunggu waktu Zohor. Rata-ratanya memang aku kenal
denga semua pensyarah tu, dan ada juga yang memang rapat. Kami berborak lagi
sambil menunggu azan. ALLAHUAKBAR 2X... Azan bula didengari, kami pun segera
mengambil wuduk. Tempat kami berborak tu ada pili paip. Berganti-ganti kami
mengambil wuduk. Setelah semua selesai mengambil wuduk, kami sama-sama berjalan
kaki ke masjid. Pada saat itu aku merasa satu perasaan yang agak berbeza,
tetapi aku tidak hiraukannya.
Selepas
solat Jumaat aku pulang ke rumah sewa rakan aku. Semua rakan-rakan lelaki aku
melepak di rumah tersebut. Kami berborak, bergurau dan macam-macam lagi,
maklumlah sudah lama tak berjumpa sudah tentu banyak perkara nak dikongsikan.
PEMERGIANKU
Aku
bercadang untuk pulang ke Tapah pada malam itu jugak. Sebelum pulang ke Tapah
aku keluar sekejap ke kedai untuk membeli sedikit barangan unutk dibawa pulang
ke Tapah. Selesai membeli barangan aku
pun balik ke rumah kawan aku dan ketika itu semuanya sedang bersiap untuk keluar
makan bersama-sama. Kerana semua sudah ingin keluar, aku pun menjadi
tergesa-gesa mengemaskan barang aku untuk terus pulang ke Tapah. Setelah
selasai mengemas barang aku, aku keluar dari rumah itu. Sebaik saja aku pandang
ke luar, aku lihat semua rakan-rakan aku solah-olah sedang berbaris di atas
jalan di hadapan rumah itu dengan menghadap ke arah rumah. Perkara tersebut
menjadi agak ganjil dan pelik. Tanpa merasa terlalu kehairanan aku terus
keluarkan moto aku. Dan sekali lagi perkara yang agak ganjil berlaku, kelihatan
rakan-rakan aku mengelilingi aku dengan jarak masing-masing. Meraka mengajak
aku untuk makan bersama terlebih dahulu. Tetapi tempat yang mereka hendak pergi
berlainan arah dari jalan pulang aku ke Tapah, jadi aku menolak pelawaan itu.
Ada juga rakan aku yang cuba memujuk dengan berkata “bila lagi boleh makan
bersama”, aku mula rasa bersalah. Tetapi aku terpaksa menolak kerana aku tak
nak lewat sampai ke Tapah memandangkan badan aku mula rasa tidak sedap. Aku pun
turun dari motosikal aku untuk bersalaman dengan rakan-rakan aku. Secara
automatik semasa bersalaman tu terus kami berpelukan dan secara tidak langsung
satu perasaan yang agak ganjil pula timbul. Salah seorang rakan aku tersedar
akan situasi yang agak janggal itu dan menegur aku. Secara tidak semena-mena
lidah aku mengeluarkan kata-kata “bila lagi aku boleh berjumpa dengan korang”.
Perasaan ganjil tersebut mula menebal dan aku mula berdoa agar diselamatkan
perjalanan aku dan terus berlalu pergi.
MASALAH
Setelah
berlalu pergi dari rumah rakan aku, aku mula merasa lenguh-lenguh pada bahagian
kaki semsa di atas motosikal. Dan aku pun bercadang untuk berhenti seketika di
Petronas Medan Gopeng. Di situ aku mengambil minuman yang aku beli sebentar
tadi untuk diminum. Sambil-sambil itu aku keluarkan telefon bimbit aku untuk
dimainkan lagu kerana sudah menjadi tabiat aku untuk mendengar lagu semasa
menunggang motosikal jika perjalanan yang agak jauh bagi mengelak dari
mengantuk. Tetapi malanganya, telefon aku tidak dapat untuk memainkan lagu.
Beberapa kali aku cuba betulkan, tetapi
gagal. Tiba-tiba secara tidak semena-mena aku tertekan butang radio dan
kedengaran lagu yang dimainkan melalui radio. Aku pun mula merasa lega dan
bersedia untuk meneruskan perjalanan aku setelah hamper 15 minit aku berhenti.
Walaupun dalam keadaan tidak sedap badan, kaki merasa lenguh, kepala merasa
berat, aku tetap teruskan perjalanan. Sekali lagi aku berdoa agar diselamatkan
perjalanan aku. Aku terus kearah simpang pulai untuk memasuki tol dan naik ke
lebuhraya utara selatan menuju ke Tapah. Keadaan jalan sebelum memasuki tol
solah-olah tidak membenarkan aku untuk memasuki tol, dengan kereta yang agak
padat, treler yang merintangi laluan masuk ke tol dan beberapa buah kereta yang
cuba memintas aku saat aku cuba memasuki laluan ke tol. Tetapi aku tetap
berjaya memasuki tol, dan seperti biasa aku teruskan perjalanan pulang aku
Tapah.
VAN JENAZAH
Perjalanan
aku diteruskan tanpa ada sebarang masalah. Namun ada juga perkara ganjil yang
berlaku, aku merasa perjalanan aku agak pantas dari biasa, padahal kelajuan
motosikal aku hanya 80km/j saja. Badan aku yang pada mulanya merasa seperti
tidak sedap mula hilang, lenguh-lenguh di kaki juga hilang. Tetapi aku tidak
mengambil berat sangat tentang perkara itu, aku lebihkan tumpuan aku pada
perjalan aku. Aku mempunyai sedikit masalah jika menunggang di waktu malam
kerana mata aku ada masalah silau, tetapi aku kuatkan juga.
Tiba-tiba,
sebaik saja aku sampai di kilometer 305 siaran radio yang aku dengar sepanjang
perjalanan aku tadi mula seolah-olah hilang siaran, mungkin kerana aku
dikelilingi hutan dan bukit-bukit, jadi aku tak menganggap ia satu kejadian
yang ganjil bagi kau. Aku teruskan perjalanan aku tanpa ada sebarang bunyi yang
mampu mengekalkan kesegaran mata aku. Hanya bunyi-bunyian angin sahaja yang
menemani aku ketika itu. Lebuhraya ketika itu mempunyai bilangan lori dan
treler yang agak banyak. Jadi aku pun mula tingkatkan tahap tumpuan aku
terhadap tunggangan aku. Dengan keadaan jalan yang agak mendaki bukit,
kenderaan-kenderaan berat tersebut menjadi perlahan dan dengan mudah aku
memintas kenderaan tersebut. Sedang asyik bermain aksi pintas memintas, datang
sebuah van disebelah aku. Aku sempat untuk melihat van tersebut dan kelihatan
ada sebuah logo di bahagian pintu van tersebut, tetapi aku tidak dapat untuk
memastikan logo apakah itu kerana keadaan yang agak gelap dan sama-sama ingin
memotong satu sama lain. Namun akhirnya aku berjaya memotong van tersebut
kerana van tersebut terhalang oleh sebuah treler yang agak perlahan di hadapan.
Secara tiba-tiba badan aku mula berasa berat, kepala aku mula pening-pening. Di
kilometer 310 van sebentar tadi memintas aku dengan agak lajunya. Sebaik saja van tersebut berada di hadapan
aku, lidah aku lantas mengeluarkan kata “Allahuakbar”. Van jenazah rupanya,
kerana kelihatan sebuah keranda berada di cermin belakang van tersebut dan aku
pasti itu adalah van jenazah islam. Sempat juga aku menghadiahkan Al-Fatihah
barangkali ada mayat di dalam van tersebut.
Bercakap
tentang van jenazah, kebanyakan orang akan mengaitkannya dengan perkara-perkara
seram dan menakutkan. Tetapi berbeza pula aku ketika itu, hanya perasaan tenang
dan rasa selamat yang menyelubungi aku ketika itu. Seolah-olah dilindungi.
Hampir 2 ke 3 kilometer aku mengekori rapat van jenazah tersebut. Tiada
tanda-tanda seram yang dapat aku rasai. Hanya rasa tenang dan selamat sahaja
yang aku rasai sepanjang aku mengekori rapat van jenazah tersebut. Tiba-tiba
van tersebut mulai laju dan meninggalkan aku ke belakang. Hati aku mulai resah
tatkala ditinggalkan oleh van tersebut. Saat itu nak sangat terus mengekori
rapat van tersebut.
Sampai saja di kilometer 313.5 kelihatan lampu
biru berkelip-kelip di hadapan. Aku pasti itu adalah lampu dari kenderaan
peronda lebuhraya. Mungkin ada berlaku apa-apa dihadapan. Apabila aku melintasi
kawasan tersebut di kilometer 314 kelihatan sebuah treler berhenti di hadapan
kenderaan peronda lebuhraya tersebut. Tetapi ada sesuatu yang lagi mengejutkan
aku, kelihatan van jenazah turut berhenti dihadapan treler tersebut dengan
pintu belakangnya dibuka. Hati aku mula berdegup kencang. Padahal tiada
perasaan takut atau seram yang menyelubungi aku pun. Tetapi tiada berlaku
kemalangan di kawasan tersebut. Apa yang berlaku disitu sebenarnya?. Tidak
pernah aku melihat van jenazah berhenti di lebuhraya. Jika situasi yang sama
berlaku tetapi ambulan yang berhenti bukanlah satu perkara yang aneh. Yang
membuatkan perkara itu menjadi aneh adalah van jenazah tersebut.
TERKENANG
Setelah
apa yang aku lalui sepanjang perjalanan, aku mula terfikirkan sesuatu dan dapat
rasai sesuatu yang tidak pernah aku rasai. Bermula dengan perjumpaan semula
dengan rakan dan pensyarah, kemudian disusuli dengan perpisahan, seterusnya
dengan kata-kata aku iaitu “bila lagi aku boleh jumpa korang” dan
perkara-perkara aneh yang aku lalui sepanjang perjalanan. Seolah-olah
perkara-perkara aneh yang berlaku bagai memberi petanda kepada aku yang Ia
sedang menjemput aku. Rasa bagaikan masanya telah tiba. Ketika itu aku hanya
mampu berdoa kepada Allah agar diselamatkan perjalanan aku, dipelihara akan
keselamatan aku. Di sepanjang baki perjalanan aku, aku hanya mampu berdoa dan
terus berdoa agar perkara yang tidak diingini berlaku. Pada masa yang sama aku
mula teringat akan artikel yang pernah aku baca tentang petanda-petanda yang
seseorang itu bakal Pergi. Dalam artikel itu mengatakan sesorang itu tidak
mampu untuk memegang telinga kanannya dengan tangan kirinya melalui atas kepala
dan sebaliknya. Tetapi aku tidak berani untuk mencuba. Aku hanya fikirkan, jika
Allah ingin mengambil nyawa aku saat itu, ambil lah dengan baik dan matikanlah
aku dalam iman. Radio yang hilang siaran dari tadi terus senyap tanpa sebarang
bunyi. Ketika itu aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah akan apa
yang bakal berlaku kepada aku.
SAMPAI
Setelah
beberapa lama aku menunggang dengan penuh perhatian dan terus berdoa, akhirnya
aku sampai di susur keluar Tapah. Aku mula merasa sedikit lega. Tetapi perjalan
aku masih panjang untuk aku sampai ke rumah sewa aku. Jalan yang aku lalui
dipenuhi lori-lori pasir yang besar-besar belaka. Aku mulai rasa resah dan
tumpuan aku terhadap tunggangan aku mencecah ke tahap maksimum.
Akhirnya
aku sudah sampai di kawasan perumahan aku. Perasaan lega kian terasa. Semasa
dihadapan rumah aku, kelihatan tiada siapa di rumah kerana moto rakan-rakan aku
tiada di hadapan rumah. Aku terus berhenti dihadapan rumah aku. Sebaik sahaja
aku menjejakkan kaki dihadapan rumah aku, terus aku menadah tangan dan bersyukur
kerana dipeliharanya aku sepanjang perjalanan. Mungkin bukan masanya lagi untuk
aku dijemput olehNya. Aku bukakan pagar dan menolak motosikal aku masuk. Juga
kelihatan rumah jiran-jiran aku gelap dan tiada sebarang pergerakan, padahal
waktu itu baru saja jam 10.00 malam. Tetapi itu tidak menghiraukan aku, aku
hanya mampu bersyukur sahaja ketika itu. Aku terus masuk ke dalam rumah. Sebaik
saja aku melangkah masuk ke dalam rumah, radio yang tidak dimatikan lagi
kembali berfungsi dapat didengari dengan jelas. Aku mulai tergamam seketika.
Semua ini adalah kuasa Allah. Setiap berlaku adalah kehendaknya. Mungkin Allah
saja nak menguji aku dengan apa yang telah aku lalui sepanjang perjalanan tadi.
Agaknya apalah yang dilalui orang yang bakal pergi?. Bagaimana saat-saat terakhir
dia. Aku bersyukur sangat kerana dipanjangkan umur hingga ke hari ini.
Alhamdulillah. Tetapi, masa untuk kita Pergi tak siapa yang tahu, mungkin esok
atau lusa. Semuanya terletak di tangan Allah dan jika Allah mengkehendakkan
sesuatu itu berlaku, maka berlaku lah perkara itu...
No comments:
Post a Comment