Thursday, 28 March 2013

UNTUK PALESTIN DALAM CENGKAMAN ZIONIS




Untuk palestin dalam cengkaman zionis
Tertuduh teroris tanyalah statistik
Siapa yang mati Siapa yang sadis
Siapa iblis cari pasal tak habis-habis 

Cuba bayangkan kita duduk rehat
Kat ruang tamu rumah tangah lepak-lepak
Pastu datang sekumpulan orang
Yang tak kita kenal
Namanya tak terhafal, masuk rumah buat hal
Dia terus mengaku rumah milik dia
Ntah datang dari mana mengaku ikut suka

Selamba dia lepak… usik itu ini
Semua barang kita…buat harta sendiri
Pastu makin lama makin ramai datang
Ceroboh tiap pelusuk rumah sampai penuh

Bila kita cuba usir diorang mula melawan
Kita dituduh ganggu hak diorang untuk aman
Memang tak masuk akal tapi itu yang jadi
Itulah Palestin tuan rumah dizalimi

Bang bang boom bukan bunnyi bunga api
Takda warna-warni bukan sambut Aidilfitri
Zionis datang lagi bingitkan malam sunyi
Percikan merah kat dinding selubungi diri
dan memori pikir camna nak lari
Sembunyi anak kecil fobia dengar bunyi

Yang lain tengok pastu sambung bergembira
Hanya bersuara cam guruh kat udara
Rintihan demi rintihan jadi rentetan
Celoreng askar setan igauan mengerikan

Nilah jadi bila Islam hanya fantasi
Nak lawan susah Zionis realiti
Rasa kita seketika buat sementara
Rasa diorang kekal, selamanya

Apa lagi nak cari apa lagi kita selongkar
Nak cari dalam laci semangat yang membakar??
Tiada satu darah insan yang gratis
Lihat peperangan egois Zionis
Satu demi satu jiwa diratah kejam
Hari demi hari hidup rasa terancam

Derita tak reda hidup terus tertindas
Das demi das halang erti bebas
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Membatukan hati terus membisu

Mana suara dunia tak kira apa bangsa
Ada mangsa kat sana tunggu nasibnya dibela
Jangan biarkan palestin hidup keseorangan
Atas nama kemanusiaan dan keadilan


by : 5forty2

Monday, 25 March 2013

PERJALANAN 15/3/2013




                Kisah perjalanan ini mengisahkan perjalanan pulang ku dari Ipoh ke Tapah pada jam lebih kurang 9.00 malam pada 15/3/2013. Agak menarik untuk diceritakan apa yang aku hadapi sepanjang perjalanan ini. Semua ini bermula apabila aku datang ke Ipoh untuk mengambil Baucer Buku 1 Malaysia di tempat aku belajar. Kenapa tarikh ini?. Rakan-rakan sekelas aku yang tetapkan tarikh nie, katanya nak berjumpa kerana lama tidak berjumpa. Apa aku buat kat Tapah? Aku sebenarnya sedang manjalani latihan industri di Tapah, termasuklah rakan-rakan aku yang lain tetapi lain-lain tempat, itu yang nak jumpa sangat. Ramai la jugak yang turun ke Ipoh pada hari tu.


PERJUMPAAN

                Memang kebetulan dan kena pada tarikhnya. Ramai juga yang aku jumpa kali ini. Berjumpa dengan kawan-kawan aku dan berjumpa dengan pensyarah-pensyarah aku. Mungkin juga kebetulan, aku dapat berjumpa dengan generasi baru Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan juga ayahanda JPP yang agak lama aku tak jumpa walaupun tidak sampai setahun tetapi perasaan rindu cukup membuatkan seolah-olah sudah lama tak berjumpa. Aku juga dulu salah seorang dari JPP, malah beberapa orang rakan sekelas aku juga ahli JPP. Setelah ramah berborak ayahanda JPP, En Fadil mengajak kami untuk pergi minum dan borak bersama-sama dengan generasi baru ini, katanya unutk berkongsi pengalaman. Di kedai makan memang kami tak henti-henti bersembang, dan generasi baru ini juga memang tak kurang ramahnya. Sekali-sekala sakat-menyakat antara kami, maklumlah lama tak berjumpa.

                Sedar tak sedar sudah nak masuk waktu Zohor, dan seperti biasa kaum adam kena lah ke masjid. Kami pulang ke poli, dan aku masih bersama en Fadil. Sementara menunggu azan aku, en Fadil dan ketua jabatan HEP berborak seketika maklumlah dah lama tak berjumpa. Untuk pengetahuan hubungan kami JPP dengan HEP memang akrab. Masjid terletak betul-betul dihadapan poli aku, jadi tidak risau lah kalau terlambat. Waktu Zohor kian hamper, aku dan En Fadil keluar dari pejabat HEP unutk ke masjid. Di luar kelihatan beberapa orang pensyarah-pensyarah lelaki sedang berborak sambil menunggu waktu Zohor. Rata-ratanya memang aku kenal denga semua pensyarah tu, dan ada juga yang memang rapat. Kami berborak lagi sambil menunggu azan. ALLAHUAKBAR 2X... Azan bula didengari, kami pun segera mengambil wuduk. Tempat kami berborak tu ada pili paip. Berganti-ganti kami mengambil wuduk. Setelah semua selesai mengambil wuduk, kami sama-sama berjalan kaki ke masjid. Pada saat itu aku merasa satu perasaan yang agak berbeza, tetapi aku tidak hiraukannya.

                Selepas solat Jumaat aku pulang ke rumah sewa rakan aku. Semua rakan-rakan lelaki aku melepak di rumah tersebut. Kami berborak, bergurau dan macam-macam lagi, maklumlah sudah lama tak berjumpa sudah tentu banyak perkara nak dikongsikan.


PEMERGIANKU

                Aku bercadang untuk pulang ke Tapah pada malam itu jugak. Sebelum pulang ke Tapah aku keluar sekejap ke kedai untuk membeli sedikit barangan unutk dibawa pulang ke Tapah. Selesai membeli barangan  aku pun balik ke rumah kawan aku dan ketika itu semuanya sedang bersiap untuk keluar makan bersama-sama. Kerana semua sudah ingin keluar, aku pun menjadi tergesa-gesa mengemaskan barang aku untuk terus pulang ke Tapah. Setelah selasai mengemas barang aku, aku keluar dari rumah itu. Sebaik saja aku pandang ke luar, aku lihat semua rakan-rakan aku solah-olah sedang berbaris di atas jalan di hadapan rumah itu dengan menghadap ke arah rumah. Perkara tersebut menjadi agak ganjil dan pelik. Tanpa merasa terlalu kehairanan aku terus keluarkan moto aku. Dan sekali lagi perkara yang agak ganjil berlaku, kelihatan rakan-rakan aku mengelilingi aku dengan jarak masing-masing. Meraka mengajak aku untuk makan bersama terlebih dahulu. Tetapi tempat yang mereka hendak pergi berlainan arah dari jalan pulang aku ke Tapah, jadi aku menolak pelawaan itu. Ada juga rakan aku yang cuba memujuk dengan berkata “bila lagi boleh makan bersama”, aku mula rasa bersalah. Tetapi aku terpaksa menolak kerana aku tak nak lewat sampai ke Tapah memandangkan badan aku mula rasa tidak sedap. Aku pun turun dari motosikal aku untuk bersalaman dengan rakan-rakan aku. Secara automatik semasa bersalaman tu terus kami berpelukan dan secara tidak langsung satu perasaan yang agak ganjil pula timbul. Salah seorang rakan aku tersedar akan situasi yang agak janggal itu dan menegur aku. Secara tidak semena-mena lidah aku mengeluarkan kata-kata “bila lagi aku boleh berjumpa dengan korang”. Perasaan ganjil tersebut mula menebal dan aku mula berdoa agar diselamatkan perjalanan aku dan terus berlalu pergi.


MASALAH

                Setelah berlalu pergi dari rumah rakan aku, aku mula merasa lenguh-lenguh pada bahagian kaki semsa di atas motosikal. Dan aku pun bercadang untuk berhenti seketika di Petronas Medan Gopeng. Di situ aku mengambil minuman yang aku beli sebentar tadi untuk diminum. Sambil-sambil itu aku keluarkan telefon bimbit aku untuk dimainkan lagu kerana sudah menjadi tabiat aku untuk mendengar lagu semasa menunggang motosikal jika perjalanan yang agak jauh bagi mengelak dari mengantuk. Tetapi malanganya, telefon aku tidak dapat untuk memainkan lagu. Beberapa  kali aku cuba betulkan, tetapi gagal. Tiba-tiba secara tidak semena-mena aku tertekan butang radio dan kedengaran lagu yang dimainkan melalui radio. Aku pun mula merasa lega dan bersedia untuk meneruskan perjalanan aku setelah hamper 15 minit aku berhenti. Walaupun dalam keadaan tidak sedap badan, kaki merasa lenguh, kepala merasa berat, aku tetap teruskan perjalanan. Sekali lagi aku berdoa agar diselamatkan perjalanan aku. Aku terus kearah simpang pulai untuk memasuki tol dan naik ke lebuhraya utara selatan menuju ke Tapah. Keadaan jalan sebelum memasuki tol solah-olah tidak membenarkan aku untuk memasuki tol, dengan kereta yang agak padat, treler yang merintangi laluan masuk ke tol dan beberapa buah kereta yang cuba memintas aku saat aku cuba memasuki laluan ke tol. Tetapi aku tetap berjaya memasuki tol, dan seperti biasa aku teruskan perjalanan pulang aku Tapah.


VAN JENAZAH

                Perjalanan aku diteruskan tanpa ada sebarang masalah. Namun ada juga perkara ganjil yang berlaku, aku merasa perjalanan aku agak pantas dari biasa, padahal kelajuan motosikal aku hanya 80km/j saja. Badan aku yang pada mulanya merasa seperti tidak sedap mula hilang, lenguh-lenguh di kaki juga hilang. Tetapi aku tidak mengambil berat sangat tentang perkara itu, aku lebihkan tumpuan aku pada perjalan aku. Aku mempunyai sedikit masalah jika menunggang di waktu malam kerana mata aku ada masalah silau, tetapi aku kuatkan juga.

                Tiba-tiba, sebaik saja aku sampai di kilometer 305 siaran radio yang aku dengar sepanjang perjalanan aku tadi mula seolah-olah hilang siaran, mungkin kerana aku dikelilingi hutan dan bukit-bukit, jadi aku tak menganggap ia satu kejadian yang ganjil bagi kau. Aku teruskan perjalanan aku tanpa ada sebarang bunyi yang mampu mengekalkan kesegaran mata aku. Hanya bunyi-bunyian angin sahaja yang menemani aku ketika itu. Lebuhraya ketika itu mempunyai bilangan lori dan treler yang agak banyak. Jadi aku pun mula tingkatkan tahap tumpuan aku terhadap tunggangan aku. Dengan keadaan jalan yang agak mendaki bukit, kenderaan-kenderaan berat tersebut menjadi perlahan dan dengan mudah aku memintas kenderaan tersebut. Sedang asyik bermain aksi pintas memintas, datang sebuah van disebelah aku. Aku sempat untuk melihat van tersebut dan kelihatan ada sebuah logo di bahagian pintu van tersebut, tetapi aku tidak dapat untuk memastikan logo apakah itu kerana keadaan yang agak gelap dan sama-sama ingin memotong satu sama lain. Namun akhirnya aku berjaya memotong van tersebut kerana van tersebut terhalang oleh sebuah treler yang agak perlahan di hadapan. Secara tiba-tiba badan aku mula berasa berat, kepala aku mula pening-pening. Di kilometer 310 van sebentar tadi memintas aku dengan agak lajunya.  Sebaik saja van tersebut berada di hadapan aku, lidah aku lantas mengeluarkan kata “Allahuakbar”. Van jenazah rupanya, kerana kelihatan sebuah keranda berada di cermin belakang van tersebut dan aku pasti itu adalah van jenazah islam. Sempat juga aku menghadiahkan Al-Fatihah barangkali ada mayat di dalam van tersebut.



                Bercakap tentang van jenazah, kebanyakan orang akan mengaitkannya dengan perkara-perkara seram dan menakutkan. Tetapi berbeza pula aku ketika itu, hanya perasaan tenang dan rasa selamat yang menyelubungi aku ketika itu. Seolah-olah dilindungi. Hampir 2 ke 3 kilometer aku mengekori rapat van jenazah tersebut. Tiada tanda-tanda seram yang dapat aku rasai. Hanya rasa tenang dan selamat sahaja yang aku rasai sepanjang aku mengekori rapat van jenazah tersebut. Tiba-tiba van tersebut mulai laju dan meninggalkan aku ke belakang. Hati aku mulai resah tatkala ditinggalkan oleh van tersebut. Saat itu nak sangat terus mengekori rapat van tersebut.

 Sampai saja di kilometer 313.5 kelihatan lampu biru berkelip-kelip di hadapan. Aku pasti itu adalah lampu dari kenderaan peronda lebuhraya. Mungkin ada berlaku apa-apa dihadapan. Apabila aku melintasi kawasan tersebut di kilometer 314 kelihatan sebuah treler berhenti di hadapan kenderaan peronda lebuhraya tersebut. Tetapi ada sesuatu yang lagi mengejutkan aku, kelihatan van jenazah turut berhenti dihadapan treler tersebut dengan pintu belakangnya dibuka. Hati aku mula berdegup kencang. Padahal tiada perasaan takut atau seram yang menyelubungi aku pun. Tetapi tiada berlaku kemalangan di kawasan tersebut. Apa yang berlaku disitu sebenarnya?. Tidak pernah aku melihat van jenazah berhenti di lebuhraya. Jika situasi yang sama berlaku tetapi ambulan yang berhenti bukanlah satu perkara yang aneh. Yang membuatkan perkara itu menjadi aneh adalah van jenazah tersebut.


TERKENANG

                Setelah apa yang aku lalui sepanjang perjalanan, aku mula terfikirkan sesuatu dan dapat rasai sesuatu yang tidak pernah aku rasai. Bermula dengan perjumpaan semula dengan rakan dan pensyarah, kemudian disusuli dengan perpisahan, seterusnya dengan kata-kata aku iaitu “bila lagi aku boleh jumpa korang” dan perkara-perkara aneh yang aku lalui sepanjang perjalanan. Seolah-olah perkara-perkara aneh yang berlaku bagai memberi petanda kepada aku yang Ia sedang menjemput aku. Rasa bagaikan masanya telah tiba. Ketika itu aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar diselamatkan perjalanan aku, dipelihara akan keselamatan aku. Di sepanjang baki perjalanan aku, aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar perkara yang tidak diingini berlaku. Pada masa yang sama aku mula teringat akan artikel yang pernah aku baca tentang petanda-petanda yang seseorang itu bakal Pergi. Dalam artikel itu mengatakan sesorang itu tidak mampu untuk memegang telinga kanannya dengan tangan kirinya melalui atas kepala dan sebaliknya. Tetapi aku tidak berani untuk mencuba. Aku hanya fikirkan, jika Allah ingin mengambil nyawa aku saat itu, ambil lah dengan baik dan matikanlah aku dalam iman. Radio yang hilang siaran dari tadi terus senyap tanpa sebarang bunyi. Ketika itu aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah akan apa yang bakal berlaku kepada aku.


SAMPAI

                Setelah beberapa lama aku menunggang dengan penuh perhatian dan terus berdoa, akhirnya aku sampai di susur keluar Tapah. Aku mula merasa sedikit lega. Tetapi perjalan aku masih panjang untuk aku sampai ke rumah sewa aku. Jalan yang aku lalui dipenuhi lori-lori pasir yang besar-besar belaka. Aku mulai rasa resah dan tumpuan aku terhadap tunggangan aku mencecah ke tahap maksimum.

                Akhirnya aku sudah sampai di kawasan perumahan aku. Perasaan lega kian terasa. Semasa dihadapan rumah aku, kelihatan tiada siapa di rumah kerana moto rakan-rakan aku tiada di hadapan rumah. Aku terus berhenti dihadapan rumah aku. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki dihadapan rumah aku, terus aku menadah tangan dan bersyukur kerana dipeliharanya aku sepanjang perjalanan. Mungkin bukan masanya lagi untuk aku dijemput olehNya. Aku bukakan pagar dan menolak motosikal aku masuk. Juga kelihatan rumah jiran-jiran aku gelap dan tiada sebarang pergerakan, padahal waktu itu baru saja jam 10.00 malam. Tetapi itu tidak menghiraukan aku, aku hanya mampu bersyukur sahaja ketika itu. Aku terus masuk ke dalam rumah. Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah, radio yang tidak dimatikan lagi kembali berfungsi dapat didengari dengan jelas. Aku mulai tergamam seketika. Semua ini adalah kuasa Allah. Setiap berlaku adalah kehendaknya. Mungkin Allah saja nak menguji aku dengan apa yang telah aku lalui sepanjang perjalanan tadi. Agaknya apalah yang dilalui orang yang bakal pergi?. Bagaimana saat-saat terakhir dia. Aku bersyukur sangat kerana dipanjangkan umur hingga ke hari ini. Alhamdulillah. Tetapi, masa untuk kita Pergi tak siapa yang tahu, mungkin esok atau lusa. Semuanya terletak di tangan Allah dan jika Allah mengkehendakkan sesuatu itu berlaku, maka berlaku lah perkara itu...

Friday, 22 March 2013

PERJALANAN 2 RAMADHAN




Alhamdulillah... Di pagi 2 Ramadhan aku masih mampu untuk celikan mata ku dan masih bernafas. Aku bangun untuk siapkan diri dan berehat seketika. Semalam aku berbuka puasa bersama ibu ku di 1 Ramadhan. Tetapi hari ini aku perlu meninggalkan ibu ku kerana perlu pulang ke Ipoh kerana hari Isnin aku sudah ada kelas. Berat rasa hati ini untuk tinggalkan emak aku berbuka puasa seorang diri kerana adik aku bekerja di bazar ramadhan manakala kakak aku berbuka di rumah mertuanya. Tapi apa kan daya,terpaksa la akur.

Selesai sahaja solat Zohor aku terus kemaskan barang-barang aku. Kali ini aku perlu pastikan semua barang aku masukkan ke dalam beg, selalunya aku mesti akan tertinggal barang jika aku balik ke kampung. Setelah selesai mengemas barang aku pun hidupkan enjin motor aku,agak garang bunyi enjin aku. Siap selesaikan apa yang patut,aku pun bersalam dengan ibuku. Agak sebak rasanya. Dari kampung aku,Kampung Sungai Udang Yan aku bertolak tepat jam 2.00petang. Aku pun berlalu pergi menuju ke Ipoh tempat aku belajar.
Minyak di dalam tangki motor aku masih banyak jadi akumengambil keputusan untuk mengisi semula minyak di hentian R&R Juru. Aku memang selalu isi minyak di Juru. Aku teruskan perjalan, dalam 10 minit perjalanan sampai sahaja aku di Guar Chempedak terlintas di fikiran ku untuk keluarkan sedikit duit kerana aku ingin membeli barang di Seberang Jaya nanti. Selesai saja keluarkan duit dari ATM aku sambung semula perjalanan menggunakan jalan utama Sungai Petani – Alor Setar. Hampir 20 minit perjalanan aku hampir sampai di persimpangan masuk Sungai Petani Utara. Di situ tiba-tiba fikiran ku menjadi celaru samada ingin masuk melalui Sungai Petani Utara ataupun Selatan. Oleh kerana fikiran yang berbelah bagi aku hampir dilanggar sebuah bas, mujur ketika itu aku sempat untuk mengelak dan secara tak sengaja aku terus masuk ke susur masuk Sungai Petani Utara. Tak mengapa, aku teruskan perjalanan aku lagi. Perjalanan ku masih panjang dan dijangka pukul 3.15petang aku akan sampai di Ipoh.

Dengan cuaca yang agak panas dan aku pula berpuasa, aku mula rasa letih dan mengantuk. Tapi aku kuatkan diri,teruskan juga perjalanan. Tiba saja aku di susur keluar Seberang Jaya aku teru keluar dan menuju ke Bandar Perda tempat lama aku bekerja. Aku ke situ kerana ingin membeli barang dan aku tahu barang yang aku cari ada disitu. Aku terus ke kedai berkenaan. Hampir 10 minit aku dikedai tersebut. Sebelum aku teruskan perjalanan aku pasangkan ‘earphone’ di telinga agar aku tidak terlalu mengantuk dalam perjalanan nanti. Dari Bandar Perda tersebut aku tidak bercadang untuk terus masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan sebaliknya aku menggunakan jalan biasa terlebih dahulu. Aku masuk ke lebuhraya melalui susur masuk berhampiran Auto City. Di situ aku sudah terlepas jalan masuknya dan tepaksa aku mencari tempat yang sesuai untuk berpatah balik kerana jalan disitu agak sibuk. Sebaik sahaja aku menaiki lebuhraya Utara-Selatan terlintas di fikiran ku yang aku masih belum mengisi minyak. Hentian R&R Juru sudah terlepas. Berbekalkan minyak yang sedikit aku teruskan juga perjalan,mungkin aku sempat untuk mengisi minyak di petrol pum berhampiran Plaza Tol Juru. Tiba saja aku di Plaza Tol Juru keadaan jalan amat sibuk dan menyukarkan aku untuk melintas kerana petrol pum ter berada di seberang menghala ke utara tetapi aku menghala ke selatan. Jadi aku batalkan niat aku,dan aku teruskan perjalan serta berharap baki minyak di dalam tangki masih mencukupi untuk aku sampai di susur keluar seterusnya. Alhamdulillah aku sampai di susur keluar Sungai Bakap,dan aku pun keluar dari lebuhraya, tetapi aku tidak tahu dimana letaknya petrol pum terdekat. Aku hanya berserah dan terus menunggang motosikal ku sambil berharap agar aku jumpa petrol pum. Akhirnya aku jumpa petrol pum Caltex dan terus mengisi minyak disitu. Tanpa membuang masa  selesai sahaja mengisi minyak aku naik semula ke Lebuhraya melalui susur keluar yang sama. Aku teruskan perjalanan.

Perjalanan yang amat membosankan dan aku merasa amat mengantuk. Radio yang aku pasang tidak dapat lagi mengubat mengantukku. Aku teruskan perjalanan sehingga aku sampai di Hentian Sebelah Alor Pongsu dan aku mengambil keputusan untuk berhenti sekejab. Aku ke tandas untuk mencuci muka. Sambil berehat dapat juga aku redakan sakit ku ini,sejak dari awal perjalan aku sudah berasa sakit dan sepanjang perjalan aku hanya mampu menahan.(jangan tanya sakit apa). Aku hidupkan semula enjim motor aku dan kedengaran bunyi yang agak garang, tapi aku tak hiraukan.
Aku sambung perjalanan ku semula. Aku teruskan perjalanan aku tanpa henti dan bercadang hanya akan berhenti di Hentian R&R Sungai Perak. Aku harungi perjalan dengan asyiknya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kelajuan motor aku mencecah 100km/j. Sedar tak sedar Hentian R&R Sungai Perak hanya tinggal 2km dihadapan.

Tiba-tiba motor aku tersentap dan menjadi perlahan. Aku lihat meter minyak, minyak masih ada. Aku mengambil keputusan untuk berhenti sekejab di tepi lebuhraya untuk periksa apa yang patut. Sebaik sahaja aku berhenti enjin motor aku turut mati. Hati aku menjadi tak senang. Aku cuba untuk hidupkan semula. 2 ke 3 kali aku cuba dan akhirnya motor aku hidup semula. Aku merasa amat lega tambahan pula aku berseorangan, kalau motor meragam di atas lebuhraya, faham-faham aja lah apa persaannya. Aku sambung semula perjalanan aku, kali ini aku menunggan dengan lebih perlahan, risau jika apa-apa berlaku pula. Tiba di Hentian R&R Sungai Perak aku berhenti untuk berehat dan pada masa yang sama aku cuba untuk memeriksa keadaan motorsikal aku. Keadaan motorsikal aku seperti biasa cuma bunyi enjin yang agak garang, mungkin kerana perjalanan yang jauh tambahan pula hari yang agak panas. Aku berhenti tidak lama. Aku sambung semula perjalanan aku untuk ke Ipoh.

Perjalanan aku kali ini mula mengharungi bukit. Turun naik bukit sudah biasa dengan aku kerana selalu jugak aku pulang ke kampung. Dengan baki minyak yang ada di dalam tangki aku yakin akan sempat sampai di Ipoh. Aku hanya mampu tawakal sahaja.

Motor aku mula mendaki bukit menuju ke puncak iaitu di Terowong Menora yang dikhabarkan banyak kisah misteri, tapi ni bukan cerita seram. Perjalanan aku seperti biasa sahaja sehinggalah aku tiba di kilometer 256.2 tiba-tiba sahaja motrsikal aku sekali lagi rasa tersentap dan menjadi perlahan malah kali ini lebih teruk. Aku tahu motorsikal aku ada masalah enjin. Aku teru berhenti di laluan kecemasan, laluan kecemasan tersebut hanya seluas lebih kurang dua kaki. Sebaik berhenti motorsikal aku terus sahaja mati. Aku terus menanggalakan ‘earphone’ yang aku pakai tadi. Aku mula cemas, keadaan di situ agak bahaya dengan laluan kecemasan hanya seluas tidak sampai dua kaki. Aku cuba hidupkan semula motorsikal aku tapi enggan hidup semula. Aku terpandang papan tanda “Hentian Kecemasan 250m”. Aku teru menolak motorsikal aku ke hentian kecemasan tersebut. Cuba bayangkan menolak motorsikal bersendirian di laluan yang sibuk dalam keadaan menaiki bukit. Termengah jugak aku dibuatnya. Dalam fikiran aku Cuma terfikir “Ya Allah, ujian apakah yang Engkau berikan ini”. Sambil menolak motorsikal aku cmua hanya mampu berdoa sesuatu yang baik akan segera datang. Aku mula berpeluh dan tercungap-cungap.
Tidak sampai 100m aku menolak , tiba-tiba datang dari arah hadapan aku sebuah motorsikal ke arahku. Dengan melawan arus, dia cuba untuk mendapatkan aku. Dia terus berhenti dihadapan aku. Seorang lelaki berusia lebih kurang 40an. Ketika itu aku hanya mampu bersyukur Ya Allah pertolonganMu datang kepada ku. Pakcik itu bertanya kepada ku “apa yang rosak nak”. Aku pun menjawab “mungkin rosak enjin pak cik”. Dalam ketika itu sempat pakcik itu bertanya aku dari mana dan nak ke mana. Dalam keadaan jalan yang agak sibuk pakcik tersebut mencadangkan aku untuk berpatah balik ke kampung nya yang tidak jauh dari tempat tersebut. Katanya di kilometer 254 ada satu jalan keluar hanya untuk motorsikal menuju ke kampungnya. Pakcik tersebut menolak motorsikal ku menuruni bukit dan melawan arus Lebuhraya yang sibuk. Sekali-sekali aku diberi isyarat lampu oleh kenderaan dihadapan aku,kebanyakannya lori dan bas kerana dalam keadaan menaiki bukit kebiasaannya kenderaan berat akan berada di sebelah kiri jalan.
Tiba saja di kilometer 254 pak cik tersebut  masuk melalui sebatang jalan sempit di tepi lebuhraya tersebut. Aku mula memasuki sebuah kampung dengan motorsikal ku di tolak oleh pak cik itu. Selama ini aku tidak pernah sedar akan kewujudan kampung tersebut. Pakcik itu terus menolak ke ke sebuah rumah dihujung kampung berkenaan. Di rumah tersebut, terdapat sebuah bengkel motorsikal dan dapat kelihatan beberapa motorsikal di dalam bengkel tersebut. Sampai di situ barulah pak cik itu memperkenalkan dirinya. Namanya PakCik Syed dan nama mekanik tersebut ialah PakCik Seli. Tetapi pada ketika itu Pak Cik Seli tiada di rumah hanya ada anak perempuannya di rumah. Pak Cik Syed suruh aku mengambil nombor telefonnya dan nombor telefon Pakcik Seli. Pak Cik Syed juga menyuruh aku untuk meninggalkan kunci motorsikal ku. Pada mulanya aku tidak berapa yakin untuk meninggalkan motorsikal ku di situ. Tetapi difikirkan semula, dengan pertolongan Pak Cik Syed peluang aku untuk sampai di Ipoh semakin cerah. Pak Cik Syed mempelawa untuk menghantar ku ke Ipoh, katanya dia juga ingin ke Ipoh. Aku merasa segan, mahu tak mahu aku kena akur dengan pelawaan Pak Cik Syed kerana itu sahaja bantuan yang aku ada ketika itu.
Aku pun membonceng motosikal yang di tunggang Pak Cik Syed. Sempat juga Pak Cik Syed tunjukkan rumahnya kepada aku. Kami terus ke lebuhraya untuk menuju ke Ipoh. Dalam perjalanan tersebut pelbagai perkara diborak kami. Pak Cik Syed ada memberitahu aku bahawa adiknya ada mengajar di Politeknik aku belajar. Dalam perjalanan tersebut aku merasa mat bertuah kerana bertemu dengan Pak cik Syed yang amat baik hati. Kadang kala aku merasa segan, tapi apakan daya itu sahaja bantuan yang ada ketika itu. Jam 6.00petang aku tiba di hadapan rumah sewa aku, aku menghulurkan sejumlah wang kepada Pak Cik Syed tetapi dia menolak. Aku bertambah rasa segan dan serba salah. Pak Cik Syed hanya berkata dia Ikhlas membantu aku dan hanya berharap aku mendoakan kebahagiannya dan dimurahkan rezeki. Pak cik Syed terus berlalu pergi, katanya dia hendak mengambil anaknya dan hendak ke Bazar Ramadhan, katanya lagi anaknya sudah lama menunggu.

Hari ini aku rasa sungguh bersyukur kerana aku dipertemukan dengan Pak Cik Syed. Sukar nak cari orang yang sanggup berhenti di lebuhraya menghulurkan pertolongan kepad orang yang tidak dikenalinya.  Pada 2 Ramadhan ini aku telah di uji dengan pelbagai ujian dari Allah. Tetapi jika kita memohon pertolongan daripada Allah, percayalah Allah akan membantu mempermudahkan urusan kita. Insya’Allah.