Sunday, 16 February 2014

DUNIA DAH BERUBAH

Memang ternyata kalau dilihat zaman sekarang, dunia dah jauh berubah berbanding dulunya... Perubahan ke arah kebaikan dan kejayaan amat perlu dibanggakan, tetapi kalau perubahan kearah keburukan bagaimana pula...

Kali ini aku nak sentuh tentang perubahan terhadap pelajar sekolah sekarang. Perubahan pembelajaran, tahap pencapaian dan sebagainya memang perlu dibanggakan. Yang merisaukan sekarang adalah perubahan pelajar dari segi akhlak, sosial dan perkara-perkara yang berkaitan. 

Memang aku akui zaman persekolahan aku, aku dan rakan-rakan agak nakal. 
Pernah satu kelas pelajar lelaki kelas aku kena masuk pejabat dengar leteran pengetua sepanjang hari kerana satu kesalahan yang kami buat. Tapi kami NAKAL bukan JAHAT. Kami masih hormat cikgu-cikgu kami. Pernah kelas aku dilabelkan kelas "syaitan" semasa perhimpunan kerana kenakalan kami. Tapi kami NAKAL bukan JAHAT. Kami masih hormat cikgu-cikgu kami. Pernah cikgu kami merajuk kerana perangai kami. Tapi kami NAKAL bukan JAHAT. Kami masih hormat cikgu-cikgu kami. Pernah juga kami dirotan kerana melakukan kesalahan.Tapi kami NAKAL bukan JAHAT. Kami masih hormat cikgu-cikgu kami.
Kami masih boleh bersembang ramah, melawak dan makan sekali dengan cikgu yang selalu memberi leteran. Kami masih boleh bersembang ramah, melawak dan makan sekali dengan cikgu yang melabelkan kami "syaitan". Kami masih boleh bersembang ramah, melawak dan makan sekali dengan cikgu yang merajuk dengan kami. Kami masih boleh bersembang ramah, melawak dan makan sekali dengan cikgu yang merotan kami.

Tapi sekarang apa yang aku boleh tengok dari jauh secara kasar.
Cikgu tak boleh rotan pelajar, esok ibu bapa datang marah balik.
Cikgu tak boleh marah pelajar, esok ibu bapa datang jumpa pengetua.
Cikgu tak boleh pukul pelajar, esok masuk surat khabar "GURU BELASAH PELAJAR".
Cikgu tak boleh rampas barang pelajar, esok ibu bapa buat laporan polis.
Cikgu tak boleh hukum pelajar, esok cikgu kena saman.

Cikgu-cikgu dah tak boleh buat semua tu bukan sebab pelajar NAKAL tapi kerana pelajar tu JAHAT. Apa yang cikgu-cikgu boleh buat, ambil gambar, muat naik kat media sosial bagi orang ramai komen dan ibu bapa lihat komen orang ramai.


Seluar dia warna apa tu???....
Biru gelap!!!... Pelajar sekolah rendah kan???...

Pelajar zaman sekarang sukar di asuh, pelbagai unsur lain yang lebih mahir mengasuh pelajar zaman sekarang menjadi "JAHAT". Antara unsur-unsur tu termasuklah :-
*Seks.
*Masalah media sosial.
*Penyalah gunaan dadah.
*Gangsterism.
*Penularan budaya luar.
Kalau nak di susun satu persatu memang tak habis. Tak perlu disebut, semua orang boleh lihat.

Dulu masa zaman sekolah aku, ingatkan kami yang paling NAKAL, rupanya zaman sekarang pelajar sekarang lagi "champion". Padahal baru 5 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan aku.

Aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku berhadapan dengan pelajar zaman sekarang di sekolah aku sendiri. Bulan April tahun lepas aku tergerak untuk mengadakan sesi perkongsian pengalaman memandangkan gejala sosial remaja yang semakin parah. Sesi tersebut diadakan selepas waktu rehat. Pelajar-pelajar di panggil oleh guru kaunseling dan guru-guru lain ke dewan terbuka sekolah. Kehadiran yang tak begitu ramai memandangkan ramai yang masih menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Hampir separuh dewan. Perasaan aku masa tu memang tak sabar nak memulakan sesi. Niat aku bukanlah nak mengajar, tetapi sekadar berkongsi pengalaman baik buruk aku.

Bila tiba masanya, guru kaunseling memanggil pelajar yang berada di bahagian belakang dewan untuk kehadapan untuk memenuhkan ruangan hadapan. Biasalah pelajar yang selalu berada dibahagian belakang agak nakal, mereka tak akan kehadapan tetapi mereka tetap akan berganjak ke hadapan, itu situasi pada zaman aku. Tetapi yang memeranjatkan aku, situasi ketika itu, setelah guru kaunseling tersebut mengarahkan beberapa kali, YA mereka bangun, tetapi bukan untuk kehadapan, tetapi terus beredar dari dewan tersebut. Aku yang masih belum memulakan sesi tersebut terus menjadi tak keruan. Aku lihat wajah guru itu seakan sudah berputus asa dan sudah biasa dengan situasi tersebut. Tanpa rasa bersalah mereka terus hilang. Apa yang aku rancangkan untuk lakukan hari tersebut, tidak menjadi. Aku terpaksa tukar kaedah penyampaian.

Kalau zaman aku buat macam tu, memang nak "mati" la jawabnya. Rasa hormat pelajar terhadap guru ketika itu telah hilang...

Memang betul zaman sudah berubah. Kalau dilihat pada pelajar-pelajar sekarang aku menjadi takut. Inikah insan yang akan membesar nanti, bagaimana pula sikap mereka bila dah besar nanti.

Gejala sosial pelajar sekolah zaman sekarang boleh dilihat hari-hari dilaporkan di media sosial, media siber, dan akhbar.









Sebagai contoh gejala Seks bebas, kalau dulu kita dengar ia berlaku pada golongan yang berumur 30an, kemudian turun ke 20an, kemudian di kalangan pelajar sekolah menengah. Sekarang usah terkejut pelajar sekolah rendah sudah pun terlibat...

Siapa kita untuk mengubah semua ni. Letaklah diri kita di tempat yang sepatutnya untuk mengubah semua ini dari terus menular. Adakah semua ini akan diiktiraf menjadi budaya kita suatu hari nanti.



~~~aku tidak lah bagus sangat untuk mengubah semua orang, aku tidaklah baik sangat nak menegur semua orang. Aku sekadar menulis apa yang aku nampak dan membimbangkan aku...



No comments:

Post a Comment