Monday, 25 August 2014

GEJALA SOSIAL BERMUSIM


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera....

Dah lama rasanya aku tak menconteng di "port" aku ni. Dah naik bersawang agaknya...

Kali ni aku nak menconteng tentang "gejala sosial bermusim". Mungkin kalau dilihat secara kasar, aku memang tak layak untuk menulis tentang perkara ni. Tapi aku tak kisah, aku nak tulis juga. Hahahaha...

Apa yang aku maksudkan dengan gejala sosial bermusim adalah masalah sosial dikalangan remaja yang berubah-ubah mengikut peredaran masa. Mungkin ramai yang tak sedar perkara sebegini berlaku di dalam masyarakat kita. Dan mungkin aku boleh tersedar kerana aku berada di sekeliling fenomena tersebut. Maksud bermusim yang aku maksudkan adalah kemuncak kepada masalah sosial tersebut yang sering bersilih ganti. Atau dalam ayat mudahnya, tahun ni masalah A yang banyak, tahun lepas masalah B yang banyak, tahun depan mungkin masalah C pulak yang banyak. 

Kita mungkin hanya cuma sedar yang gejala-gejala sosial ini berlaku disekeliling kita. Tapi kita tak sedar yang kemuncak masalah ini bertukar ganti tahun demi tahun. 

Kalau aku nak senaraikan semua masalah sosial yang menular dalam masyarakat remaja sekarang memang aku tak mampu. Tapi aku cuba senaraikan "top case" gejala sosial ni...
  • Rempit
  • Seks bebas
  • Buang bayi
  • Penyalah gunaan dadah
  • Ponteng sekolah
  • Samseng
  • Rogol
  • Parti liar
  • Melepak
  • Penyalah gunaan laman sosial
  • Penyebaran bahan lucah
  • Ragut dan rompak
  • Kecelaruan jantina
eeiihhhh........... aku sendiri pun dah pening mana satu aku nak tulis ni... haaiiishhh... banyak lagi tak tulis ni....



OK... Aku akan cuba bagi satu contoh rantaian masa gejala sosial...



MELEPAK ---> REMPIT ---> SEKS BEBAS + BUANG BAYI

OK... Jom huraikan rantaian masa ni... 
PERTAMA adalah gejala Melepak, kalau tak silap aku kemuncak kepada gejala melepak ni berlaku dalam lingkungan lewat 90an dan di awal Y2K. Pada masa tu kerajaan telah menggerakkan pelbagai jentera bagi membasmi masalah ni dari terus menular. Tak kira lah di mana pelusuk sekali pun, pasti akan ada kempen basmi lepak pada ketika itu.



Ya, aku akui kempen tersebut berjaya walaupun tidak 100%. Tetapi gejala yang KEDUA pula memuncak selepas daripada tindakan pembasmian pertama berjaya. Mana tidaknya, dah tak boleh melepak mereka cari pula hobi baru, Rempit. Peerrhhhh.... memang masa tu rempit cukup popular. Sampai ada yang mengambil kesempatan buat filem tentang gejala ni untuk mengaut keuntungan tatkala gejala ini menjadi-jadi dalam masyarakat remaja. Lebih kurang 1 tahun kalau tak silap aku rempit pegang tahta gejala paling popular. Macam-macam tindakan diambil bagi membanteras gejala ni dari terus meruncing. Pelbagai agensi mengambil bahagian dalam operasi pembasmian rempit yang dilangsungkan diseluruh negara. Namun................





Selepas pada itu, rempit mula tenggelam kerana kurang tarikan dalam upacara mereka. Mereka mula mencorakan rempit agar lebih menarik dengan menambahkan pelbagai aktiviti dalam upacara mereka. Salah satunya adalah Seks Bebas. Di situ lah bermulanya gejala yang KETIGA dalam rantaian masa ni... Pertaruhan wanita dalm siri perlumbaan mula menjadi kegilaan. Pelumba terhebat akan didampingi dayang yang paling meletop. Tak kurang juga si wanita yang tergila-gilakan sang rempit yang hebat dan macho. Raja di atas jalan pada ketika itu sudah tak lagi menunggang keseorangan... Bila dah ke hulu ke hilir selalu, tak kan nak tengok saja, maka bermula lah upacara yang "satu lagi". Hasil pembenihan benih diakhir upacara telah melahirkan satu jasad yang tidak berdosa. Si raja rempit mula melepaskan tangan, maka si tidak berdosa menjadi habuan longkang, tong sampah, semak, pintu masjid, binatang buas, lubang tandas dan lain-lain






Haaaaaa...... Itu cuma satu contoh saja yang aku bagi. Yang lain anda buat lah sendiri. Tetapi dalam 3 pecahan masa tersebut, sebenarnya banyak lagi gejala-gejala kecil yang berlaku... Tetapi itu rantaian masa yang dahulu, yang sekarang punya belum sempat aku nak buat lagi.

Bagi aku ada 5 faktor yang mendorong gejala sosial ni berlaku dan berubah-ubah mengikut masa...
  1. Faktor Ekologi Keluarga
  2. Sekolah
  3. Rakan Sebaya
  4. Media Massa / Internet
  5. Modenisasi
Sebenarnya faktor ke-5 adalah faktor utama kepada GEJALA SOSIAL BERMUSIM dan disokong kuat oleh faktor yang ke-4. Contoh mudah, dulu tak dak kenderaan mereka lepak, bila dah moden sikit ada moto power dah boleh merempit. Kemudian teknologi penyebaran maklumat dah canggih, dah mudah nak menelaah bahan lucah. Maka Seks bebas dan buang bayi menjadi budaya... Haaa... kan mudah contoh ni...

Pada dasarnya, kalau kita dapat membaca lebih awal perjalanan gejala sosial yang sedang berlaku dan akan berlaku, aku percaya kita akan lebih mudah untuk membersihkan masyarakat remaja daripada kotoran gejala sosial. Malah, kerajaan juga boleh mengatur strategi yang lebih mantap untuk membendung, bahkan dapat melahirkan masyarakat remaja yang baik pada kuantiti yang lebih besar.

Seperkara lagi. Setiap masalah kita tidak dapat membersihkannya 100%. Itu tak membimbangkan aku. Tetapi yang membimbangkan aku adalah penganjakan garisan masa telah berlaku pada masalah tersebut. Sebagai contoh, kalau dulu kita sering dengar gejala seks bebas sering berlaku pada golongan remaja yang berumur lingkungan 20an, kemudian lewat-lewat ini ianya telah berganjak pada pelajar sekolah menengah. Tetapi sekarang usah terkejut yang sebenarnya pelajar sekolah rendah sudah pun mengaplikasikan seks bebas dalam kehidupan mereka... Hmmm... ini yang buat aku takut sebenarnya....



Tak usah kita bercakap yang gejala sosial hanya sering berlaku di kawasan bandar. Sekarang, kawasan luar bandar juga tidak mahu kalah kepada kawasan bandar untuk memegang tahta gejala sosial tertinggi. Sekarang aku menetap di bandar dan aku dapat lihat satu persatu masalah ini. Tak sangka bila aku balik ke kampung aku yang terletak di kawasan luar bandar, aku juga boleh lihat masalah yang sama berlaku... Hhaaaiihhhhh....

Cuba kita bayangkan dengan teknologi tanpa batasan pada zaman sekarang, pelbagai masalah sosial yang bakal muncul. Malah mungkin ianya lebih pantas bersilih ganti. Bermakna lebih banyak masalah sosial yang perlu dibendung pada masa yang sama... Bagaimana kita nak mengawalnya sebelum terjadi???....

Apa yang aku tulis ni mungkin tak seberapa. Mungkin juga sukar untuk difahami oleh sesetengah pihak... Tapi percayalah, walaupun aku bukan siapa-siapa, aku tetap takut dengan apa yang telah terjadi pada masyarakat remaja sekarang... 
Renungkanlah siapa diri kita dan bagaimana untuk kita membantu sebagai diri kita yang sebenar...

~~gambar di atas hanyalah sekadar hiasan yang dikutip dari Google...
~~~tatabahasa yang salah jangan diikut...
~~~~ayat yang tak cantik jangan disalah tafsir...

Sunday, 16 February 2014

DUNIA DAH BERUBAH

Memang ternyata kalau dilihat zaman sekarang, dunia dah jauh berubah berbanding dulunya... Perubahan ke arah kebaikan dan kejayaan amat perlu dibanggakan, tetapi kalau perubahan kearah keburukan bagaimana pula...

Kali ini aku nak sentuh tentang perubahan terhadap pelajar sekolah sekarang. Perubahan pembelajaran, tahap pencapaian dan sebagainya memang perlu dibanggakan. Yang merisaukan sekarang adalah perubahan pelajar dari segi akhlak, sosial dan perkara-perkara yang berkaitan. 

Memang aku akui zaman persekolahan aku, aku dan rakan-rakan agak nakal. 
Pernah satu kelas pelajar lelaki kelas aku kena masuk pejabat dengar leteran pengetua sepanjang hari kerana satu kesalahan yang kami buat. Tapi kami NAKAL bukan JAHAT. Kami masih hormat cikgu-cikgu kami. Pernah kelas aku dilabelkan kelas "syaitan" semasa perhimpunan kerana kenakalan kami. Tapi kami NAKAL bukan JAHAT. Kami masih hormat cikgu-cikgu kami. Pernah cikgu kami merajuk kerana perangai kami. Tapi kami NAKAL bukan JAHAT. Kami masih hormat cikgu-cikgu kami. Pernah juga kami dirotan kerana melakukan kesalahan.Tapi kami NAKAL bukan JAHAT. Kami masih hormat cikgu-cikgu kami.
Kami masih boleh bersembang ramah, melawak dan makan sekali dengan cikgu yang selalu memberi leteran. Kami masih boleh bersembang ramah, melawak dan makan sekali dengan cikgu yang melabelkan kami "syaitan". Kami masih boleh bersembang ramah, melawak dan makan sekali dengan cikgu yang merajuk dengan kami. Kami masih boleh bersembang ramah, melawak dan makan sekali dengan cikgu yang merotan kami.

Tapi sekarang apa yang aku boleh tengok dari jauh secara kasar.
Cikgu tak boleh rotan pelajar, esok ibu bapa datang marah balik.
Cikgu tak boleh marah pelajar, esok ibu bapa datang jumpa pengetua.
Cikgu tak boleh pukul pelajar, esok masuk surat khabar "GURU BELASAH PELAJAR".
Cikgu tak boleh rampas barang pelajar, esok ibu bapa buat laporan polis.
Cikgu tak boleh hukum pelajar, esok cikgu kena saman.

Cikgu-cikgu dah tak boleh buat semua tu bukan sebab pelajar NAKAL tapi kerana pelajar tu JAHAT. Apa yang cikgu-cikgu boleh buat, ambil gambar, muat naik kat media sosial bagi orang ramai komen dan ibu bapa lihat komen orang ramai.


Seluar dia warna apa tu???....
Biru gelap!!!... Pelajar sekolah rendah kan???...

Pelajar zaman sekarang sukar di asuh, pelbagai unsur lain yang lebih mahir mengasuh pelajar zaman sekarang menjadi "JAHAT". Antara unsur-unsur tu termasuklah :-
*Seks.
*Masalah media sosial.
*Penyalah gunaan dadah.
*Gangsterism.
*Penularan budaya luar.
Kalau nak di susun satu persatu memang tak habis. Tak perlu disebut, semua orang boleh lihat.

Dulu masa zaman sekolah aku, ingatkan kami yang paling NAKAL, rupanya zaman sekarang pelajar sekarang lagi "champion". Padahal baru 5 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan aku.

Aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku berhadapan dengan pelajar zaman sekarang di sekolah aku sendiri. Bulan April tahun lepas aku tergerak untuk mengadakan sesi perkongsian pengalaman memandangkan gejala sosial remaja yang semakin parah. Sesi tersebut diadakan selepas waktu rehat. Pelajar-pelajar di panggil oleh guru kaunseling dan guru-guru lain ke dewan terbuka sekolah. Kehadiran yang tak begitu ramai memandangkan ramai yang masih menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Hampir separuh dewan. Perasaan aku masa tu memang tak sabar nak memulakan sesi. Niat aku bukanlah nak mengajar, tetapi sekadar berkongsi pengalaman baik buruk aku.

Bila tiba masanya, guru kaunseling memanggil pelajar yang berada di bahagian belakang dewan untuk kehadapan untuk memenuhkan ruangan hadapan. Biasalah pelajar yang selalu berada dibahagian belakang agak nakal, mereka tak akan kehadapan tetapi mereka tetap akan berganjak ke hadapan, itu situasi pada zaman aku. Tetapi yang memeranjatkan aku, situasi ketika itu, setelah guru kaunseling tersebut mengarahkan beberapa kali, YA mereka bangun, tetapi bukan untuk kehadapan, tetapi terus beredar dari dewan tersebut. Aku yang masih belum memulakan sesi tersebut terus menjadi tak keruan. Aku lihat wajah guru itu seakan sudah berputus asa dan sudah biasa dengan situasi tersebut. Tanpa rasa bersalah mereka terus hilang. Apa yang aku rancangkan untuk lakukan hari tersebut, tidak menjadi. Aku terpaksa tukar kaedah penyampaian.

Kalau zaman aku buat macam tu, memang nak "mati" la jawabnya. Rasa hormat pelajar terhadap guru ketika itu telah hilang...

Memang betul zaman sudah berubah. Kalau dilihat pada pelajar-pelajar sekarang aku menjadi takut. Inikah insan yang akan membesar nanti, bagaimana pula sikap mereka bila dah besar nanti.

Gejala sosial pelajar sekolah zaman sekarang boleh dilihat hari-hari dilaporkan di media sosial, media siber, dan akhbar.









Sebagai contoh gejala Seks bebas, kalau dulu kita dengar ia berlaku pada golongan yang berumur 30an, kemudian turun ke 20an, kemudian di kalangan pelajar sekolah menengah. Sekarang usah terkejut pelajar sekolah rendah sudah pun terlibat...

Siapa kita untuk mengubah semua ni. Letaklah diri kita di tempat yang sepatutnya untuk mengubah semua ini dari terus menular. Adakah semua ini akan diiktiraf menjadi budaya kita suatu hari nanti.



~~~aku tidak lah bagus sangat untuk mengubah semua orang, aku tidaklah baik sangat nak menegur semua orang. Aku sekadar menulis apa yang aku nampak dan membimbangkan aku...