Thursday, 30 May 2013
Bermulanya langkah ke dunia baru
Alhamdulillah... Itu saja yang mampu aku ungkapkan bila mendengar berita gembira ini.
Tepat jam 10.15 pagi, aku dapat call dari bos aku semasa aku practical dalam consultant team di tapak bina UiTM Tapah Fasa 2. Dia baritahu aku yang bos aku dari contractor team di tapak yang sama nak jumpa aku. Aku dapat agakkan yang berita gembira pasti dapat aku dengari hari ini. Setelah sekian lama aku menunggu keputusan ini, akhirnya hari ini bakal terjawab. Aku pun bergegas bersiap untuk ke pejabat.
Tepat jam 10.45 pagi, aku sampai di depan pintu pejabat dan kebetulan juga bos aku sedang berada di pintu masuk. Belum sempat aku buka helmet aku, bos aku dah suruh aku jumpa dia dalam bilik dia. Aku pun melangkah masuk dengan yakin ke dalam bilik bos aku. Dalam hati aku memang sudah tidak sabar untuk mendengar berita ini. Dan seperti dijangkakan bos aku telah mengesahkan yang aku telah sah menjadi pekerja mereka. ALHAMDULILLAH.... itu saja ungkapan yang bermain di benak hati aku tatkala mendengar khabar tersebut. Tak boleh nak sebut kuat sangat sebab bos aku yang ni berbangsa cina.
Setelah selesai perbincangan ringkas, aku pun keluar dari bilik bos aku. Rezeki yang aku dapat hari ini adalah rezeki untuk keluarga aku, setelah 3 tahun keluarga aku hidup dalam kesempitan kerana menanggung pengajian aku. Dan hari ini telah tiba masanya giliran aku untuk membalas setiap jasa keluarga aku. In Shaa Allah aku berazam untuk menanggung pengajian adik aku selepas ini memandangkan dia telah banyak berkorban selama ini.
Hari ini juga telah membawa aku ke sebuah dunia yang baru iaitu dunia pekerjaan yang sebenar. Aku dikira beruntung juga bila dapat kerja di tempat yang sama aku menjalani practical dan ianya adalah kelebihan untuk aku kerana aku sudah sedia maklum dengan cara kerja di sini.
Bagi aku juga, bila aku sudah mempunyai kerja tetap, secara automatic pelbagai tanggungjawab akan aku pikul selepas ini. Sebelum ini aku agak bimbang dengan tenggungjawab tersebut dalam keadaan aku tidak bekerja. Tetapi sekarang aku bertambah semangat untuk memikul tanggungjawab itu. Nampaknya pengangguran aku selama 25 hari berbaloi.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment