Friday, 31 May 2013

PROJEK SOSIAL PERTAMA


Alhamdulillah.... Pada 22/5/2013 yang lalu aku telah berjaya menjalankan satu projek sosial yang pertama sebagai diri aku sendiri. Sebelum ini banyak projek sosial aku berdasarkan kumpulan atau organisasi. Projek yang aku jalani sebelum ini dijalankan semasa aku sebagai ahli dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di tempat aku belajar Politeknik Ungku Omar (PUO). Tetapi kali ini aku boleh melabelkan projek ini sebagai projek Habibun Najjar Bin Hassan. 

Macam mana aku boleh buat projek ini?...
Projek ini aku lakukan berdasarkan gerak hati aku yang kuat mengatakan bahawa aku perlu melakukan sesuatu dengan keadaan sekarang. Projek aku berkaitan dengan masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja sekarang terutama pelajar sekolah. Bercakap tentang masalah sosial di kalangan remaja, memang aku tak dapat nak sangkalkan yang ianya berada di tahap yang kritikal. Gejala sosial sekarang tidak mengenal umur, lokasi, mahupun status. Jika dahulu gejala sosial sering didengari berlaku di kawasan-kawasan bandar. Namun jangan terkejut yang sekarang ini gejala sosial yang berlaku di kawasan-kawasan luar bandar tidak kurang hebatnya.

Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada saja berita di media massa berkaitan dengan gejala sosial di kalangan remaja. Adakah remaja bangga dengan berita keburukan tentang mereka disiarkan?... Aku pasti tidak. Semakin hari semakin menjadi-jadi pulak tu, bukannya datang keinsafan bila berita macam itu ditayangkan. Hmmm.....



Projek aku yang pertama ni aku jalankan dalam bentuk perkongsian pengalaman. Bukan aku nak katakan yang aku ni baik sangat. Tetapi aku boleh lihat dengan jelas perbezaan yang ketara antara kenakalan aku dan rakan-rakan aku masa sekolah dengan pelajar-pelajar sekolah hari ini. Kadang-kadang aku sendiri pun takut dengan mereka ni.

Aku jalankan sesi perkongsian pengalaman ini dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang yang juga merupakan sekolah lama aku. Bukan niat aku nak memburukkan nama sekolah aku, tidak. Tetapi ini adalah langkah pertama aku. 

Pada 20/5/2013 aku ke sekolah lama aku dan berjumpa dengan kaunselor sekolah yang juga merupakan kaunselor lama aku dan menceritakan hasrat aku untuk menjalankan projek aku.  Aku mendapat galakan dari kaunselor tersebut dan dia meminta aku berjumpa dengan Penolong Kanan (PK) sekolah bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut. Tetapi hari tersebut PK sibuk. Keesokan harinya aku ke sekolah semula dan terus ke pejabat berjumpa dengan PK. Dalam perbincangan yang singkat itu PK terus bersetujua dan menyuruh aku menjalankan projek aku pada keesokan harinya juga. Aku sedikit terkejut kerana aku rasa aku masih kurang bersedia. Namun aku terima cabaran tersebut.

Alhamdulillah... 22/5/2013 projek aku yang pertama berjalan dengan lancar. Walaupun serba ringkas, aku cuba sedaya upaya aku memberikan yang terbaik untuk mereka. Masa yang diberikan selama 2 jam seakan tidak cukup untuk aku berceloteh dengan lebih panjang. Malah sambutan yang baik juga dapat dilihat dari kalangan pelajar-pelajar tersebut. Mungkin kerana perbezaan umur yang tidak terlalu jauh dan ada dikalangan mereka yang memang mengenali aku terutama pelajar tingkatan 5 sekarang yang mengenali aku semasa mereka tingkatan 1 dan aku tingkatan 5. Komunikasi antara kami tampak lebih mudah dan selesa. Namun tak dapat disangkalkan terdapat juga yang bermasalah dan aku sendiri pun terkejut dengan tindakan mereka. Aku sendiri tak pernah tengok tindakan sedemikian berlaku masa zaman persekolahan aku.

Aku harap pelajar-pelajar SMKD dapat menerima apa yang baik dari aku. Sebenarnya ini hanyalah langkah kecil aku yang pertama dalam projek "mega" yang telah aku rangkakan. Terima kasih SMKD kerana bagi peluang kat aku untuk memulakan langkah kecil ini. In Shaa Allah aku akan melaksanakan projek "mega" aku ini. 


Aku sayangkan SMKD... :)

Thursday, 30 May 2013

Bermulanya langkah ke dunia baru


Alhamdulillah... Itu saja yang mampu aku ungkapkan bila mendengar berita gembira ini. 

Tepat jam 10.15 pagi, aku dapat call dari bos aku semasa aku practical dalam consultant team di tapak bina UiTM Tapah Fasa 2. Dia baritahu aku yang bos aku dari contractor team di tapak yang sama nak jumpa aku. Aku dapat agakkan yang berita gembira pasti dapat aku dengari hari ini. Setelah sekian lama aku menunggu keputusan ini, akhirnya hari ini bakal terjawab. Aku pun bergegas bersiap untuk ke pejabat.

Tepat jam 10.45 pagi, aku sampai di depan pintu pejabat dan kebetulan juga bos aku sedang berada di pintu masuk. Belum sempat aku buka helmet aku, bos aku dah suruh aku jumpa dia dalam bilik dia. Aku pun melangkah masuk dengan yakin ke dalam bilik bos aku. Dalam hati aku memang sudah tidak sabar untuk mendengar berita ini. Dan seperti dijangkakan bos aku telah mengesahkan yang aku telah sah menjadi pekerja mereka. ALHAMDULILLAH.... itu saja ungkapan yang bermain di benak hati aku tatkala mendengar khabar tersebut. Tak boleh nak sebut kuat sangat sebab bos aku yang ni berbangsa cina.


Setelah selesai perbincangan ringkas, aku pun keluar dari bilik bos aku. Rezeki yang aku dapat hari ini adalah rezeki untuk keluarga aku, setelah 3 tahun keluarga aku hidup dalam kesempitan kerana menanggung pengajian aku. Dan hari ini telah tiba masanya giliran aku untuk membalas setiap jasa keluarga aku. In Shaa Allah aku berazam untuk menanggung pengajian adik aku selepas ini memandangkan dia telah banyak berkorban selama ini.

Hari ini juga telah membawa aku ke sebuah dunia yang baru iaitu dunia pekerjaan yang sebenar. Aku dikira beruntung juga bila dapat kerja di tempat yang sama aku menjalani practical dan ianya adalah kelebihan untuk aku kerana aku sudah sedia maklum dengan cara kerja di sini. 

Bagi aku juga, bila aku sudah mempunyai kerja tetap, secara automatic pelbagai tanggungjawab akan aku pikul selepas ini. Sebelum ini aku agak bimbang dengan tenggungjawab tersebut dalam keadaan aku tidak bekerja. Tetapi sekarang aku bertambah semangat untuk memikul tanggungjawab itu. Nampaknya pengangguran aku selama 25 hari berbaloi.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH...