Menjunjung tindakan yang pernah dilakukan oleh sebaik-baik
pemimpin negara sesudah para Nabi, iaitu Khalifah Abu Bakar dan Khalifah
Uthman, maka sangat wajar kerajaan Malaysia mengharamkan juga penggunaan
perkataan Islam dalam parti politik. Kesan paling buruk adalah masyarakat
tertipu dengan label tersebut, ia ibarat ‘racun tikus’ yang dibalut dengan
pelekat tonik kesihatan. Lihatlah betapa banyak ubat berbahaya yang disarungkan
dengan label palsu, malah ada pembeli yang maut setelah memakannya.
Ketahuilah
bahawa pengharaman nama Islam kepada parti politik bukanlah tindakan dosa
kerana tidak ada dalil dan kaedah dalam usul fiqh yang menetapkan sebegitu.
Ibarat ada cadangan beberapa tahun dahulu untuk mencipta kereta Islam dengan
beberapa ciri seperti ada meter kiblat, lantas seandainya kerajaan mengharamkan
label Islam pada kereta tersebut, apakah kerajaan telah bersikap zalim, anti
kebenaran dan memusuhi Islam atau tindakan tersebut menyalahi dalil dan
menjadikan kafir?
Di
sinilah menunjukkan kebijaksanaan kerajaan, di mana tindakan tersebut telah
meninggikan darjat Islam daripada setaraf dengan sebuah kenderaan. Islam bukan
alat atau benda tetapi ia adalah pemahaman dan tindakan yang dijelmakan dalam
sebuah cara hidup. Malah kerajaan melihat jauh ke hadapan, demi menjaga maruah
Islam tercemar dek kerana sebuah kereta yang tidak diketahui bagaimana kualiti
pembuatannya.
Lagi
pula politik demokrasi yang di dalamnya ada demonstrasi serta kesamarataan
sehinggakan undi seorang penjahat sama nilainya dengan undi seorang ahli
ibadat. Malah demokrasi memenangkan majority dan membenamkan hak minority,
sedangkan dalam al-Quran menyatakan “kebanyakan manusia (majority) adalah tidak
mengetahui (jahil)” (Al A’raf : 187) dan di lain tempat mengatakan sebagai
majority manusia zalim dan ingkar.
No comments:
Post a Comment