Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera....
Tahun 2013 aku mulakan dengan cara hidup yang baru... Sekarang aku sedang menjalani Latihan Industri (LI) di Tapak UiTM Tapah Fasa 2 sebagai Site Supervisor...
Alhamdulillah...
Aku rasa beruntung kerana dapat firma yang agak gah di Malaysia dan mempunyai status yang baik di Malaysia... Nama firma ini ialah CREST BUILDER SDN BHD... In Shaa Allah, aku akan terus bekerja di firma ini...
Suasana bekerja di sini amat selesa dan memang 'ngam' dengan jiwa aku... Di sini kebanyakkannya baru bagi aku, suasana kerja, rakan-rakan, tempat tinggal, cara hidup dan banyak lagi...
Aku harap permulaan ini adalah permulaan yang baik bagi aku... Aku berharap juga yang langkah pada hari ini adalah langkah menuju kejayaan untuk aku kecapi kejayaan pada masa akan datang... In Shaa Allah...
Tahun ini juga aku akan mula memikul satu lagi tanggungjawab iaitu menyara keluarga aku.. Sudah tiba masanya giliran aku pula untuk menyara keluarga aku yang selama ini menyara aku semasa aku belajar... Moga-moga dengan berkatNya, apa yang aku hajati selama ini akan aku kecapi...
In Shaa Allah...
No comments:
Post a Comment