Monday, 10 October 2011

kehebatanNYA

dalam asyik melayani perubahan hidup masa kini,kita lupa akan kebesaran Ilahi...
lihat sajalah pada kejadian manusia...
tetapi,bila sebut pada kejadian manusia, kita sering lihat pada proses kejadian manusia,perbezaan cap jari manusia dll...
namun kita sering lupa akan satu benda...
KEBIJAKSANAANNYA menjadikan setiap manusia mempunyai sikap atau kelakuan yang berbeza. jika dilihat pada perbezaan cap jari,ia cuma ada satu perbezaan pada setiap manusia. tetapi pada sikap seorang manusia mempunyai pelbagai perbezaan...
lihat sajalah,seorang manusia mempunyai pelbagai sikap...
sebagai contoh mudah kita lihat di dalam malaysia sahaja...
~rata-rata rakyat malaysia mempunyai 10 jenis sikap setiap orang.(andaian sahaja)
~dalam malaysia mempunyai 24 juta penduduk...
~bermakna ALLAH telah menciptakan 240 juta jenis sikap hanya didalam Malaysia.
itu baru di dalam malaysia,cuba bayangkan jika didunia... betapa hebatnya ilmu Allah...
tetapi kita hari ini sering sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada...
sebenarnya jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah,jauh bezanya...
sebagai simbolik...
ketika burung menangkap ikan di laut...
ilmu manusia hanya sebanyak air yang melekat pada paruh burung tersebut jika hendak dibandingkan dengan ilmu Allah sebanyak air di lautan..
bayangkan...

No comments:

Post a Comment