Wednesday, 14 December 2011

NIE SATU LAGI LAGU YANG AKU BUAT....

TAJUK :TENGAH FIKIR LAGI

Ku bagaikan buih di tengah lautan,
Tak siapa peduli akan diri ku,
Hanya kau mampu menemani hati ku,
Setelah diriku ditinggalkan...

Dirimu bagai rembulan,
Menyinari hati ku dalam kegelapan,
Ku bersyukur adanya diri mu,
Di sisi ku menemani diri ku...

Kau tiada tandingan bagi ku,
Hanya dirimu pengubat hati ku,
Kau selalu ada di hatiku,
Ku sentiasa mendampingi mu....

Ku berharap engkau jujur pada ku,
Hanya dirimu cinta sejati,
Jika kau tiada,tiada lagi cinta ku,
Ku berdoa,kau setia pada ku......


p/s : tak tahu la dia ingatke tak lagi lagu nie....
aku buat lagu nie dulu untuk dia la...

Thursday, 8 December 2011

LAGU YANG AKU WAT MASA ZAMAN ..... DULU...

LAGU:lagu pa ntah....

kala malam ku tidur,
wajah mu sering bermain,
di dalam mimpi ini,
terbayang wajahmu...

kala siang ku jaga,
ingatan ku berfikirmu,
membuat hidup ini,
terbayang wajahmu...

terasa indahnya hidupku,
tak pernah ku rasa begini,
bagaikan dunia ini aku yang punya,
kerana kehadiran cinta bersama mu,

inikah katanya cinta,
inikah katanya rindu,
terhadap dirimu sayang,
oh kasih ku....

inikah katanya kasih,
inikah katanya sayang,
terhadap dirimu sorang,
oh juwita....


p/s : asa cam bodoh la plak....hihikkk....
( ^ _ ^ )



Saturday, 15 October 2011

hidup aku boring........

aahhhhhh............ boring sangat-sangat. tak taw la pasai pa.... maybe sebab tak dak pasangan hidup kot.... tapi hati aku sekarang nie tak berminat lak nak couple2 nie.... tak taw la sai pa....
la nie aku lebih berminat untuk ada hubungan yang sah dengan seseorang perempuan...
selalu aku bermimpi yang aku dah kawin...
berkahwin di usia muda lak tu....
best akk klaw kawin di usia yang muda nie....
tak banyak masalah ka....
of course la banyak masalah...terutama yang masih belajar @ belum bekerja....
macam aku.... (tu pun gatai nak kawin)...
tapi serius sekarang nie aku tak berminat nak couple... n aku lebih berminat kalau ada hubungan  yang sah seperti suami isteri....
kadang-kadang aku tengok pasangan muda yang berkahwin di usia muda nie nampak sweet la....
geram la pulak tengok....jeles pown da gak...
rasa macam nak call mak aku suh cari menantu ja...
tak kisah la cantik ke tak...yang penting kebahagian rumah tangga tu tercapai...
insyaallah...
tapi tu la...tengok...bila kawin di usia muda nie...
mesti bajet jadi masalah.... sampai kasut pown tak dak bajet....
hmmmm,......hampehhhh....
harap-harap bila aku kawin nanti tak la jadi sampai macam nie....
and aku harap perancangan kewangan yang aku rancang selama nie akan menyenangkan aku suatu ari nanti...
terutama bila nak kawin nanti...hihikkk..... : )
(belajar tak habih lagi dah gatai nak kawin,ingat bun, banyak benda yang hang kena settle kan dlu sebelum hang boleh pikiaq pasai kawin nie.....)

Monday, 10 October 2011

kehebatanNYA

dalam asyik melayani perubahan hidup masa kini,kita lupa akan kebesaran Ilahi...
lihat sajalah pada kejadian manusia...
tetapi,bila sebut pada kejadian manusia, kita sering lihat pada proses kejadian manusia,perbezaan cap jari manusia dll...
namun kita sering lupa akan satu benda...
KEBIJAKSANAANNYA menjadikan setiap manusia mempunyai sikap atau kelakuan yang berbeza. jika dilihat pada perbezaan cap jari,ia cuma ada satu perbezaan pada setiap manusia. tetapi pada sikap seorang manusia mempunyai pelbagai perbezaan...
lihat sajalah,seorang manusia mempunyai pelbagai sikap...
sebagai contoh mudah kita lihat di dalam malaysia sahaja...
~rata-rata rakyat malaysia mempunyai 10 jenis sikap setiap orang.(andaian sahaja)
~dalam malaysia mempunyai 24 juta penduduk...
~bermakna ALLAH telah menciptakan 240 juta jenis sikap hanya didalam Malaysia.
itu baru di dalam malaysia,cuba bayangkan jika didunia... betapa hebatnya ilmu Allah...
tetapi kita hari ini sering sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada...
sebenarnya jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah,jauh bezanya...
sebagai simbolik...
ketika burung menangkap ikan di laut...
ilmu manusia hanya sebanyak air yang melekat pada paruh burung tersebut jika hendak dibandingkan dengan ilmu Allah sebanyak air di lautan..
bayangkan...

Tuesday, 16 August 2011

DAMAI... :)

APA YANG MEMBUATKAN AKU ASA TENANG DAN DAMAI???...
ASANYA GAMBAR-GAMBAR HIJAU AKAN MEMBUATKAN AKU RASA LEBIH TENANG DAN DAMAI... SEPERTI GAMBAR PEMANDANGAN SAWAH,GUNUNG,PADANG DAN LAIN-LAIN LAGI...


MUNGKIN SEBAB HIDUP AKU LEBIH DEKAT DENGAN SUASANA YANG MACAM NI... BAGI AKU GAMBAR YANG BERUNSURKAN HIJAU NI AKAN MEMBUATKAN AKU RASA LEBIH SEJUK DAN HILANG MENGANTUK...

Saturday, 13 August 2011

KISAH ANAK PERANTAU

pabila tiba saatnya, kini dia perlu melangkah keluar dari desa yang selama ini dia membesar. Jauh dari kampung halaman, keluarga dan sahabat handal. keluar untuk mencari sedikit ilmu yang tidak boleh didapati dari desanya, demi menjamin masa depan yang lebih cerah. Meninggalkan ketenangan desa, kehijauan sawah yang terbentang luas..

Kini tiada lagi semua itu. Hanya hiruk-pikuk kota sahaja yang ditempuhinya tiap-tiap hari. Namun dia perlu kuat untuk mengukir sebutir berlian.