Tuesday, 3 September 2013

MANA PERGI MELAYU KITA



Seperti yang kita semua sedia maklum, sejak kebelakangan ini bangsa melayu sedang menghadapi pelbagai kemelut. Tidak kira lah samada kemelut dalaman mahupun kemelut dari luaran.

Hari demi hari bangsa Melayu semakin terhakis di bumi sendiri. Siapa yang perlu bertanggungjawab atas semua ini???... Fikir-fikirkanlah sendiri... 

Ramai anak muda sekarang yang Melayunya hanya di dalam IC, tetapi luaran atau zahirnya jelas bukan Melayu. Malah ada yang sudah tidak mengaku dirinya Melayu. Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang sudah membenci dengan perkataan Melayu itu sendiri. Tidak pelik lah kalau hari ini anak Melayu sendiri yang menghina kaum Melayu. 

Namun tidak semua anak muda seperti itu. Tidak dapat disangkalkan masih ada anak muda yang masih memperjuangkan MELAYU.




Lukisan di atas adalah hasil dari seorang lelaki yang berusia 12 tahun. Apa yang menarik perhatian saya adalah, kanak-kanak berusia 12 tahun sudah mula sedar akan kemelut yang dihadapi bangsa Melayu. Dengan tajuk karya "MANA PERGI MELAYU KITA" terdapat beberapa ayat yang agak menarik penulisannya. Antaranya adalah:-


  • Aku bukan panglima, tetapi aku pejuang bangsa.
  • Kata pepatah, Biar mati anak jangan mati adat. Tetapi, sekarang pula, biar hilang bangsa, jangan hilang nyawa.
  • Jangan pandang rendah pada Melayu.
  • Ayuh Melayu kita bangkit.
  • Niur gading tinggi melambai, ambil galah haluan kiri, Hancur daging badan berkecai, namun mengalah tidak sekali.
  • Jatuh Melayu terlentang di tanah, Namun bangkit semula Melayu dengan gagah.
  • Walau tumpah darah satu badan, walau patah tulang -belulang, namun tetap terus perjuangan hingga kita menang.

Ketulinan ayat-ayat tersebut tidak dapat aku pastikan. Tetapi jika kanak-kanak berumur 12 tahun sudah mampu melihat akan perkara ini memang telah menarik minat aku.

Tetapi, untuk mencari kanak-kanak seperti ini memang susah. Aku terjumpa kertas ini ketika aku melawat ke sebuah gelanggang silat. Aku meminta kepada kanak-kanak tersebut untuk menyimpan kertas ini. Memang betul seni persilatan mampu mengajar kita untuk mempertahankan Bangsa jika kena dengan caranya.

Aku harap impian kanak-kanak itu akan tercapai untuk melihat bangsa Melayu bangun dari tidur.