Tuesday, 30 July 2013

TEMBAK SANA SINI





Malaysia hari ini, dihujani dengan berita-berita kes tembak menembak di sana-sini. Boleh dikatakan setiap hari ada saja berita tentang kes tembakan ini. Ramai rakyat Malaysia yang telah maut hanya kerana sebutir peluru. Tetapi yang lebih mengejutkan lagi, peluru tersebut bukan sahaja datang dari pistol atau senjata pegawai tentera mahupun polis. 

Sepanjang tahun ini sahaja, hampir 50 kes tembak kita dengar. Itu tidak termasuk kes yang tidak diberitakan lagi. Antara tajuk utama berkaitan kes tembak ini adalah :-

  1. Kes tembak di Balakong - Polis tahan penyelenggara lif.
  2. Kerajaan arah polis segera berkas penjenayah tembak mati Timbalan Ketua pengarah Kastam.
  3. Polis buru 4 lelaki kes tetak ikat dan tembak.
  4. Kes tembak di Kelantan ada kaitan dengan sindikit dadah.
  5. Polis tahan seorang lelaki bantu kes tambak.
  6. Kes tembak - 3 beradik antara 7 ditahan.
  7. Kes tembak - Polis minta lelaki serah diri.
  8. Kes tembak - Polis cari lelaki bantu siasatan.
  9. Guru ditembak mati dalam kereta.
  10. Suspek tembak mati guru disyaki pembunuh upahan.
  11. Lagi guru mati di tembak dalam kereta.
  12. Kes tembak - Polis minta saksi bantu siasatan.
  13. Suspek tembak peraih ikan dikenal pasti.
  14. Lelaki cedera parah ditembak.
  15. Nekad tembak tuan rumah.
  16. Kanak-kanak kena tembak.
  17. Ditembak selepas balik bersenam.
  18. Pemandu lori peladang ditembak.
  19. Lelaki ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala.
  20. Peniaga kosmetik cedera ditempak.
  21. Guru cedera ditembak.
  22. Mangsa tembak meninggal.
  23. Tembak perut selepas samun.
  24. Mangsa tembak stabil.
  25. Nyaris maut kena tembak.
  26. Anak peniaga runcit ditembak.
  27. Lelaki ditembak selepas beli tosai.
  28. Pemandu bas sekolah cedera ditembak.
  29. Lelaki ditembak mati manakala dua lagi cedera ketika sedang minum.
  30. Pengerusi mywatch ditembak dalam keadaan kritikal.
  31. Pengasas ambank group maut ditembak.

Senarai di atas adalah antara berita-berita yang berkaitan dengan kes tembak di seluruh Malaysia. Mungkin banyak lagi kes yang tidak diberitakan. Itu baru setengah tahun, macam mana pula dengan statistik hujung tahun nanti???....

Aku bukanlah mahir dalam perundangan ini, cuma aku nak beri pendapat la sikit.

Daripada senarai kes yang disenaraikan, kita dapat lihat pelbagai corak yang terjadi dalam setiap kes tersebut. Boleh dikatakan, si penjenayah tidak mengenal sasaran. Antara motif berlakunya kes tembak menembak ini adalah:-


  • Berunsurkan dendam.
  • Pergaduahan antara kumpulan konsi gelap.
  • Perbalahan antara kempulan kongsi gelap dengan pihak polis.
  • Tidak puas hati dalam perniagaan.
  • Samun atau rompakan.
  • Malahan ada juga yang tiada kena mengena pun menjadi mangsa seperti mangsa peluru sesat.

Kenapa ini semua berlaku?. Aku percaya ramai yang tidak kisah pun apabila mendengar berita tentang kes tembakan ini. Hal ini kerana ia tidak terjadi pada diri sendiri mahupun keluarganya. Namun, kita sebagai rakyat yang prihatin, harus sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Malang tidak berbau.

Apabila kita fikir-fikirkan, kenapa agaknya gejala ini semakin menjadi-jadi?. Aku percaya terdapat beberapa faktor yang menggalakan pembiakan gejala ini. Antaranya adalah :-


  • Si penjenayah yang semakin berani.
  • Manusia hilang rasa berprikemanusiaan.
  • Tiada rasa hormat pada undang-undang.
  • Pekerjaan sebagai pembunuh upahan semakin mendapat sambutan.
  • Senjata api yang mudah diperolehi.
  • Demi mengawasi aktiviti haram.

Bagi aku, undang-undang yang sedia ada sudah cukup kuat, sudah cukup menakutkan. Tetapi, orang yang mengkuatkuasankan undang-undang tersebut pula yang lemah. Maksud aku lemah dari segi tindakan, pengawasan, ketelusan, siasatan dan sebagainya.

Rakyat malaysia harus berasa takut dengan gejala ini. Mana tidaknya, keluar minum dengan kawan-kawan pun kena tembak. Kanak-kanak 4 tahun pun kena tembak. Guru sekolah pun kena tembak. Malah, peraih ikan juga kena tembak.























Diharapkan pihak berkuasa lebih cekap dalam menangani gejala ini dari terus berleluasa. Elakkan diri anda dari menjadi mangsa...



Wednesday, 24 July 2013

MELUKIS


Aku bukanlah seorang yang berbakat dalam bidang seni. Untuk aku melukis sesebuah lukisan memang susah la nak nampak objek dalam lukisan tu. Namun aku mungkin pernah ada bakat melukis potret satu ketika dulu apabila aku berjaya melukis potret Tun Dr. Mahathir dan juga potret Arwah ayah aku. Tapi aku tak pasti mana aku letak lukisan yang ak lukis 7 tahun lepas...

Walaupun sekarang bakat melukis tu dah tak ada dalam diri aku nie, tapi aku sentiasa kagum dengan orang yang mampu melukis. Terutama dengan orang yang melukis dengan gaya yang tersendiri dan juga teknik yang agak sukar untuk dipelajari...

kat sini ada satu video yang memaparkan satu teknik lukisan yang dipamerkan oleh seorang brader nie... teknik yang dia gunakan memang mengkagumkan aku....



Cuba korang teka apa yang brader nie lukis sebelum 3 saat 
terakhir...


UDANG PANJAT NENAS

Dah lama rasanya aku tak memegang senduk dan kuali... Maknanya dah lama aku tak memasak. Sejak aku pindah mai ke Tapah nie, aku dah jarang sangat memasak. Mana tak nya, kemudahan nak memasak tu kurang. Lagi pun nak masak untuk aku sorang makan tak berapa nak best... 

Dulu masa dok Ipoh, rajin la jugak aku memasak untuk aku dan jugak kawan-kawan aku.

Antara menu yang kerap aku masak adalah:-

-daging masak hitam.
-daging masak kurma.
-nasi kurma.
-ikan tiga rasa.
-dan macam-macam lagi..

antara menu istimewa yang aku pernah buat adalah Udang Panjat Nenas..

tak sia-sia aku kerja dekat kantin Jusco sebelum aku sambung belajar dulu... dari pencuci pinggan hingga lah ke tukang masak jawatan yang aku berjaya pegang selama 6 bulan lebih aku kerja kat situ...

nah aku kongsikan kat sini gambar udang yang aku masak tu... tapi yang kira masakan ringkas ja...







haa...nie model aku...



udang nie besaq kepala...






Monday, 1 July 2013

KISAH ANAK GADIS LUPA DIRI SETELAH MASUK IPT





Kisah Anak Gadis Lupa Diri Setelah Masuk IPT | Kisah Anak Gadis Lupa Diri Setelah Masuk IPT | Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…..

Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.

“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi
“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.

Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.

Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”

“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!”
Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”

Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.
“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….

“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!”

“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…”

“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”

Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.
“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”

“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….”
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.

Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.

Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”

Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”

Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa, Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….

Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”.

Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..

Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?

Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak gadisnya…menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****……..berdebub…gedebab….kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar……….

Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…??

Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….

Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.

Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,….dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelakang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn……



~~jadikanlah kisah ini sebagai teladan...

~~~berfikir sejenak sebelum bertindak....


~~~~ihsan dari blog media siber...