Sunday, 30 June 2013

APA KAITAN MELAKA DAN JACK SPARROW


MELAKA...! TUAH...! 
Nama Yang Cukup Menyentuh Benak Hati Ini sekian Lamanya... 
Hari Menjelang Hari...
Rahsia Semakin Menunjukan Diri...
Seolah-olah Ada Sesuatu Petunjuk Yang Diberi...





Supaya Kelak Mampu Dijadikan
Ia Sebagai Tauladan...
Jangan Diulangi ia sebagai satu kealpaan..
Saudara-Saudara ku sekalian...
Melaka sejak dahulu kala cukup Terkenal sebagai sebuah kuasa besar perdagangan di Selat Melaka...
Betapa ketika itu banyaknya bahtera-bahtera yang datang berdagang, sejauh mata yang memandang... Yang bermata Sepet, yang berkulit putih, yang berkulit hitam hatta apa warna sekalipun pantas Saja datang ke Melaka untuk melihat Keagungan sebuah kerajaan Melayu Islam...

Sebut Saja nama Melaka, Di Serata Pelusuk utara selatan timur dan barat pasti mengenalinya...
Ada yang datang berdagang rempah, ada yang datang berdagang permata dan ada pula yang datang berdagang nasib menyabung hidup menumpang keagungan sebuah kerajaan...
Aaahh...kalau Mahu Bercerita Keagungan Melaka, Pasti 1001 lembaran Kertas pun Belum Habis Dikarang... Malah pasti 1001 malam pun belum tentu a Habis Diceritakan...

Maka Syahadan Tersebut ketika itulah Masyhurnya Melaka dengan seorang
LAKSAMANA bernama HANG TUAH...

//////////////////////////////////////////////////////
TUAH.. JEBAT..KASTURI..LEKIR..LEKIU..
//////////////////////////////////////////////////////

Itulah nama yang masyhur ke serata Alam, Menjadi Sebutan Segala Isi alam yang Bertandang ke Melaka... Dipendekkan cerita dan dengan Takdir yang Maha Esa, Tiadalah kekal lama Empayar Melayu Melaka Islam...


Setelah Feringgi (Portugis) datang Dengan Bala tenteranya, Maka punahlah empayar Yang teragung itu... 
Serangan Demi Serangan Dilakukan...
Generasi Demi Generasi Dihancurkan...
Dihancurkan Mindanya...!
Dihancurkan Identitinya...!
Dihancurkan Maruahnya....



Yang tinggal hanyalah Sisa-sisa dari Keagungannya...
Yang tinggal hanyalah Secebis sejarah Yang Diacuankan Oleh Penjajah Untuk Saudara Sekalian...
Satu Persoalan yang seringkali Generasi Muda lontarkan...
Dan kadangkala menjadi Bahan Ketawa Generasi Terkemudian.. Kata mereka...

"PORTUGIS DATANG DENGAN MERIAM
DAN SENAPANG, ORANG MELAKA BERJUANG DENGAN KERIS DAN PEDANG.. BODOH BETUL, MACAM MANA MAU MENANG KALAU BERPERANG...? "

Tersentak Sanubari dan jiwa Ini Mendengarnya... Betapa Dengan Mudah Generasi-generasi Terkemudian mengatakan BODOH kepada hulubalang-hulubalang Melaka yang berjuang bermati-matian mempertahankan Empayar Islam Melaka Ketika itu...

Adakah Saudara Semua Tahu Kenapa Portugis Menyerang Melaka...???
Tahu Apa Yang Terjadi Sebelum Empayar Islam Melaka Tumbang...???

Pernah Dengar Sarjana Barat Kata Apa Terhadap Melaka...??
Apa Kaitan Empayar Islam Melaka Dengan Empayar Islam Uthmaniah...???
Kajilah Saudara... Janganlah Kita Hanya Tahu Disuap Sahaja...

Sebelum Dipecahkan "Kod-kod" Yang Tersembunyi Tersebut...
Biar saja Diceritakan perkara yang sebenar kepada Anda Semua... Dengar Dengan sebaiknya Kalam ini...

" MELAKA TIDAK TEWAS KERANA SENJATA, MELAKA TEWAS KERANA PENGKHIANATAN BANGSA SENDIRI...! YANG KHIANAT DAN BERSENGKETA "

Kalau Anda Semua Mahu tahu, Angkatan Perang Melaka Tiada Tolok Bandingnya Andai Mahu Dibanding Antara dengan angkatan Portugis itu...

Kapal-kapal perang Alfonso Itu hanya sekecil Anak kalau mahu Dibandingkan dengan Bahtera-bahtera Perang milik Angkatan Laut Melaka... Meriam-meriam Portugis itu hanya Sebesar kelingking andai Mahu dibandingkan Dengan Meriam-meriam yang mengelilingi kubu di Kota Melaka.. Itu belum lagi andai mahu diceritakan betapa Hebatnya Pahlawan-pahlawan Melaka yang sering saja didendangkan dengan Hikayat Amir Hamzah sebelum turun berperang...

Apalah sangat mahu Dibandingkan dengan soldadu-soldadu Portugis itu.... Namun akibat pengkhianatan beberapa orang Melaka sendiri... Maka akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis..

Siapakah Yang naik ke kapal Alfonso, dan Kemudian menceritakan segala Strategi Dan kekuatan Melaka...?

Siapa Yang naik Ke kapal Alfonso, dan Jemudian Menyerahkan Peta kedudukan meriam-meriam strategik Melaka..?
Siapakah Yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian membuka Rahsia kelemahan kota Melaka...?
Siapa Yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian Menyerahkan Kunci Pintu Khazanah perpustakaan Diraja
Melaka...?

Ya...!
Ia angkara Pengkhianatan Bangsa sendiri...
Ya...!
Orang Melayu Melaka sendiri Yang menjadi pengkhianat dan Menceritakan segala kekuatan dan Kelemahan Melaka kepada penjajah...

Pengkhianatan...!!! Pengkhianatan...!!! Pengkhianatan...!!!

Itulah yang menyebabkan Melaka Akhirnya Jatuh ke tangan Portugis.. Bergilir ganti ke tangan Belanda... Berpasung pula ke tangan Inggeris.. 500 tahun lamanya...

Melaka dijajah dan Musnah Akibat pengkhianatan dari bangsa sendiri..!!!

Itulah Akibatnya Apabila Sesama Bangsa kita bersengketa...
Empayar yang Kuat pun hancur dan binasa...
Apa yang Tinggal hanyalah debu-debu sebuah Cerita, Sekadar menjadi peneman hikayat Tidur malam anak-anak bangsa...

Usahlah kita Bersengketa...
Kerna sesungguhnya Melayu itu hidupnya bersatu dan Bersaudara, Andai bersengketa maka Rosak dan binasa... Belajarlah dari Melaka, usahlah Diulangi kesilapan itu lagi...

Janganlah jadi petualang kepada bangsa dan agama sendiri, Tanah Melayu ini warisan nenek moyang kita, di tangan Kitalah ia kan kekal Terpelihara...

Aaahh...satu lagi yang menjadi persoalan Semua sekian lama...

" Ke mana hilangnya TUAH ketika itu...? "Tuah tidak ke mana-mana...

Tuah bukanlah pengecut dan dayus untuk lari meninggalkan Melaka dalam keadaan rosak dan binasa... Pantang sekali Pendekar berundur sebelum bertempur, inikan pula Laksamana Tuah yang termasyhur...

Namun Tuah bersedih melihat pengkhianatan bangsanya sendiri...!Tuah membawa diri dan hilang entah ke mana Setelah jiwanya tersiksa akibat membunuh saudara sendiri... Demi taat Dan setia kepada Sultan Melaka, adinda Jebat menjadi taruhannya...

Derhaka kepada Sultan bukan langkahannya, kerna pantang anak Melayu untuk derhaka pada sultannya.. Itulah prinsip dan pegangan Tuah, lantas Tuah pergi membawa diri.. Meninggalkan segala kekalutan dan kehancuran duniawi, meneruskan hidupnya secara tersendiri.. Mengenal diri dan mencari rabbi..

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
SUDAHKAH ANDA PECAHKAN HIDING CODE YANG DIBERIKAN...?
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Mengapa "Mereka Beria-Ria Mahu Menjajah Melaka...??

Itu Baru Sedikit Jika Hendak Dibandingkan Dengan Penipuan Sejarah Mereka...

Masih Ingatkah Anda Akan Filem Pirates of The Carribean...?
Filem Yang Mengambarkan Sebuah Keagungan Pelayar-pelayar Yang Digelar Lanun Oleh Mereka...
Tahukah Anda...
Oleh Disebabkan Ketakutan Mereka Pada Masa Lampau Menjadikan Ia Satu
Tragedi Yang Tak Dapat Dilupakan...
Kenalkah Anda Dengan Captain Jack Sparrow...??
Apa Kaitan Kapten Jack Sparrow Dengan Kapten Barbossa...??
Siapakah Mereka Berdua...?

Apabila disebut Barbossa, Saya yakin ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan Watak Seorang Lanun memakai penutup sebelah Matanya seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean....

Namun tahukah Kita, Sebenarnya watak Hector Barbossa Adalah watak yang diadaptasikan dari Watak tokoh Islam yang popular dalam Dunia peradaban Islam dahulu kala... Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali...
Hanya terdapat tiga tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik iaitu Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan senibina) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut...

Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris).... Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu...

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M...

Manakala...
Siapakah Pula Watak Utama Didalam Filem Tersebut...?

Captain Jack Sparrow : Pelayar Melayu...?

Kajilah Sejak Bila Empayar Melayu Islam Mula Menggunakan Senjata api...?
Adakah Melayu Hanya Tahu Berpencak Bersilat Semata-mata...?

Tahu Kapten Jack Sparrow Itu Diilhamkan Dari Mana...? 
Senjatanya...?
Tahu Apa Itu Terakol...?

Terakol atau Tarkul adalah Antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu... Ia juga tergolong Diantara Senjata Api Melayu Yang Digelapkan Sejarah .

Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil Secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia
adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras Yang dikecilkan... Terakol digunakan di dalam peperangan Raja, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Raja Brooke...

Terakol juga digunakan di Patani dan
Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan... Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.



Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock) Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka. Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol...

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy".


Kurang lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British...



Karekter Captain Jack Sparrow ini diinspirasikan daripada Raja Pelayar Dunia yang berketurunan Melayu suatu ketika dahulu... Manakala Nama karekter Barbossa juga diinspirasikan daripada seorang Pelayar asal Turki, Hector Barbossa Dalam filem Pirates of the Carribean : At World End (Di Penghujung Dunia) Semua Watak Hebat Ini...((( Diilhamkan Dari Tokoh Islam )))

Dipenghujung Dunia...?
Masih Ingatkah Anda Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas... Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negara kota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir... Ia Juga Mengelar Negara Dipenghujung Dunia...

Jadi Apa Kaitan Empayar Melayu Islam Melaka Dengan Empayar Islam Uthmaniah Di Turki...?
Masih Tidak Dapat...?

Cahaya Berlapis Cahaya...
Pandangan Tembus Ke Mana-mana...
Pandangan Mata Tiada Terlihat Lagi...

Wahai Melayu...
Bangsa Yang Tidak Kenal Sejarah...!
Pandanganlah Disini...
Lihatlah Disini...!
Dengar Dengan Mata HATI Mu...!

Apa Yang Menyebabkan Kau Terlalu Mengagung-agungkan Teori Sejarah Barat...?
Apa Yang Menyebabkan Kau Buta Tidak Mampu Melihat...?
Adakah Kerana Kau Tidak Beragama Atau Tidak Berbangsa...?

Apa Yang Terjadi PadaMu...?
Tanya DiriMu...!
Siapa Kamu...?
Kamu Berasal Dari Mana...?
Manakah Hilangnya SejarahMu...!
Bagaimana Sejarah Mu Boleh Hilang...!!
Siapa Yang Menghilangkan...!
Bagaimana Mereka Menghilangkan...!!
Bahasa Apa Yang Kamu Gunakan...?
Bagaimana TulisanMu Di Hilangkan...
Apa Yang Menyebabkan Kamu Hilang Identiti...
Bagaimana Identiti Mereka Boleh Meresap Dalam Diri Mu...!

Asbab Kamu Melupakan Identiti Bangsa Mu Dan Mengambil Identiti Penjajah Kuffarlah Menyebabkan DiriMu Dijajah Juga....

Apa Perjuangan Bangsa Mu,Kamu Tidak Mengetahui...
Apa Yang Diingginkan Hati Kamu Tidak Peduli...
Apa Yang Agama Tekanan Kamu Menjadi Buta Tuli...
Kemana Hilang Semuanya Itu...

Akhir Kalam Ku...
Tiada Yang Lebih Mengembirakan Dari Melihat Saudara Ku Memahami Apa Maksud Tersirat Dengan Ucapan :

" TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"


~~Setiap kebenaran hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya...

Thursday, 27 June 2013

TRAGEDI DI SEBALIK JEREBU



27 Jun 2013 - Kuala Lumpur. Sekarang negara kita sedang di landa jerebu yang agak dasyat. Dan di sebalik kejadian jerebu tersebut, berlaku beberapa tragedi yang tidak di duga. 







Gambar di atas adalah gambar tetamu yang datang tidak di undang di sebalik jerebu yang berlaku. Namun, negara kita dikira bernasib baik apabila datang satu lagi tetamu untuk mententeramkan keadaan.







Gambar di atas menunjukkan adi wira tersebut yang datang menjalankan tugas untuk mententeramkan keadaan. Namun, kekuatannya tidak mampu untuk menangani saingan dari lawannya. Bantuan segera diminta dari rakan sejawatnya yang juga seorang adi wira di negara asal mereka.






Gambar di atas di ambil ketika ketibaan adi wira tersebut di negara kita. Adi wira tersebut memerlukan bantuan pasukan keselamatan negara kita dalam misinya ini. Hal ini kerana keupayaannya agak terbatas.

Di lokasi yang lain pula, satu lagi tetamu tidak diundang telah singgah di negara kita. Namun, tetamu tersebut segera di bendung dari melakukan lebih banyak kerosakan di atas muka bumi Malaysia ini apabila datangnya satu lagi adi wira yang juga merupakan musuh ketatnya.






Dalam kejadian tersebut, kita di masih bernasib baik kerana pertempuran untuk mengusir tetamu yang tidak diundang tersebut berlaku di kawasan luar bandar.

Hasil daripada rentetan kejadian yang berlaku, pihak berkuasa tempatan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan untuk meneliti perkara tersebut dengan lebih terperinci. Sebuah pasukan khas diwujudkan bagi membantu adi wira yang berjuang secara sulit.

Hasil daripada siasatan, pihak berkuasa mendapati bahawa kejadian kedatangan tetamu yang tidak diundang tersebut adalah satu konspirasi terancang. Perkara tersebut di sahkan oleh ketua polis negara apabila mereka berjaya mengumpulkan sebuah bukti kukuh untuk mengaitkan perkara tersebut.

Seorang juru gambar amatur telah berjaya mengambil sebuah foto yang merupakan sebuah bukti yang kukuh daripada rentetan kejadian yang berlaku ini. Foto tersebut menunjukkan bahawa kejadian jerebuyang berlaku ini juga merupakan salah satu daripada angkara pihak konspirasi tersebut.






Gambar di atas menunjukkan punca daripada kejadian jerebu yang melanda negara kita sekarang. Berdasarkan maklumat siasatan, si pelaku ini merupakan rakan senegara dengan musuh yang pertama.

Pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan terkawal dan rakyat Malaysia tidak perlu kuatir. Namun, barangsiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan konspirasi ini sila maklumkan di mana-mana balai polis yang terdekat. 

Rakyat Malaysia boleh menjalankan kehidupan seharian seperti biasa, pihak PDRM akan memaklumkan maklumat dari masa ke semasa.





~~rekaan semata-mata.
~~~gambar dari laman FB Himpunan Cerita Lawak




Monday, 24 June 2013

Hitler berdakwah???...







Jom tengok, betul ka Adolft Hitler pejuang Nazi berdakwah untuk Islam...





Video ini hanya memaparkan sari kata yang menjurus kepada ciri-ciri pendakwah yang baik. Apa yang diucapkannya jika dialihkan bahasanya bukanlah bermaksud seperti sari kata tersebut. Ianya hanyalah saja dibuat-buat untuk menarik minat penonton.

Namun, si pembuat ini sungguh kreatif menyusun sari kata tersebut selaras dengan tutur kata watak tersebut...

Mesej yang cuba disampaikan juga amat baik sekali. Mungkin ini satu lagi pendekatan baru untuk menyampaikan maklumat atau berdakwah...

Harap penonton dapat mengambil iktibar dari sari kata tersebut, bukan dari apa yang katanya... hehehe.... :)

Saturday, 8 June 2013

Strategi Rompakan





Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank :
"semua orang tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tetapi nyawa anda kepunyaan anda"

**Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." -berfikir lain daripada yang lain.


Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya :
"Tolong bersopan! ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol"

**Ini dipanggil sebagai profesional." -Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!


Apabila perompak bank berkenaan kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):
"Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak tua menyangkal dan berkata :
"Kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira? Malam ni kita tonton berita di TV, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

**Ini dipanggil "Pengalaman" -Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas.


Selepas perompak bank beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan segera. Tetapi penyelia berkata kepadanya :
"Tunggu, mari kita ambil $10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!"

**Ini dipanggil "Inovatif" -Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk menguntungkan anda.


Penyelia berkata :
"Alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

**Ini dipanggil "berpandangan jauh" - Merancang masa hadapan selangkah lebih awal.


Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $100 juta telah dirompak dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya mendapati hanya terdapat $20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu :
"Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $20 juta tetapi pengurus bank mengambil $80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

**Ini dipanggil "Pengetahuan" -Pengetahuan kunci kejayaan hidup.


Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

**Ini dipanggil "Sambil menyelam minum air" - mempergunakan peluang lain yang ada untuk mencipta peluang yang lain.



SOALAN : Siapakah perompak sebenar di sini?

credit....

Monday, 3 June 2013

Tangga Ilusi???...


Anda pernah atau tidak mengalami situasi di mana anda naik atau turun tangga tetapi masih berada pada aras atau tingkat yang sama???...

Anda ingin merasai pengalaman ini???...
Jom kita cuba tangga ini pasti menakjubkan...
Jom tengok di sini>>>>>>>>>



Cuba anda huraikan apakah ilusi yang digunakan. Ada yang mengatakan ianya adalah teknologi dari Filipina. Betul ke???...



Sembunyikan RIAK

Menderma adalah satu amalan yang amat mulia di mana kita telah mengeluarkan harta kita untuk kemudahan atau kesenangan pihak lain dengan niat membantu. Hari ini terdapat pelbagai kaedah atau saluran untuk kita mengpraktikan amalan ini. Derma juga tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit tetapi boleh dipelbagaikan kaedah dan bentuk sumbangan tersebut.

Menderma kepada masjid juga adalah salah satu kaedah untuk kita melaksanakan amalan menderma ini. Di setiap masjid atau surau pasti ada tabung derma tersebut. 

Bagi lelaki, setiap kali Jumaat pasti akan melalui saat di mana tabung masjid akan dihulurkan kepada setiap jemaah bagi sesiapa yang berhasrat menghulurkan sumbangan atau derma kepada masjid. Alhamdulillah... setiap kali Jumaat pasti ramai yang akan menghulurkan derma kepada masjid. Secara tidak langsung derma ini dapat membantu kos operasi masjid atau pembangunanya. 

 gambar hiasan


Dengan adanya inisiatif ini, kita dapat melazimkan amalan derma kita. Amalan ini juga dapat dijadikan bekal kepada kita semasa di akhirat kelak. 

Namun ada sebuah kisah yang ingin penulis ceritakan di sini berkaitan dengan derma tabung masjid ini. Kisah ini berlaku di sebuah masjid yang tidak berjaya dikenal pasti dan menurut sumber masjid tersebut berada di negeri Kedah. Kisah ini diceritakan oleh seorang lelaki yang diceritakannya melalui laman blog. 

Kisah ini bermula apabila lelaki tersebut pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk bercuti. Pada hari Jumaat, seperti biasa kaum Adam akan ke masjid bagi menunaikan Solat Jumaat. Pada hari tersebut Solat Jumaat berlangsung seperti biasa bagaimana lazimnya. Apabila telah selesai solat, para jemaah pun pulang dan yang tinggal hanyalah Ajk masjid tersebut. Lelaki tersebut adalah anak kepada salah seorang AJK masjid tersebut.

Setelah siap berkemas apa yang patut, dia membantu ayahnya untuk mengira wang derma tabung masjid bersama-sama AJK masjid yang lain. Semasa mengira dia terjumpa segulung wang kertas seringgit yang agak aneh. Setelah dibuka, terdapat wang kertas RM10 yang digulung di bahagian dalam RM1 tersebut. Dia bertanyakan kepada ayahnya tentang perkara itu. Ayahnya menjawab "tiap-tiap minggu pasti ada duit itu". Agak aneh bagi dia apabila setiap minggu hamba Allah tersebut akan menderma RM 11 dan keadaan wang yang sebegitu. Apakah motifnya setiap minggu menderma RM 11 dan kenapa RM 11.



Setelah difikirkan ini lah taktik ke syurga. Pasti hamba Allah tersebut ingin menyembunyikan perasaan riaknya semasa menderma. Tak kira lah sembunyikan daripada jemaah lain mahupun dirinya sendiri. Apa yang dilakukannya ini adalah satu perkara yang jarang dilakukan oleh kebanyakan orang. Niat sebenarnya hanya hamba Allah tersebut sahaja yang tahu.