Politik demokrasi vs
Siasah Syariah
Dalam
siasah syariah (politik Islam), parti tidak patut wujud lebih-lebih lagi parti
pembangkang yang kerjanya adalah membantah tanpa henti dan berusaha merampas
kuasa melalui fitnah dan caci maki. Pembangkangan terhadap pemimpin Negara yang
masih Muslim dianggap sebagai dosa besar, walaupun yang melakukannya adalah
seorang yang berserban dan digambarkan zuhud. Lalu dosa tetap dosa tatkala Ibnu
Muljam menentang Khalifah Ali, walau Ibnu Muljam adalah seorang qari Al-Quran
yang warak dan zuhud.
Lebih
dasyat lagi adalah parti yang guna nama Islam terbukti tidak membawa Islam
murni. Dari sisi aqidah sampailah kepada ibadah, kemudian kepada sasiah lalu
akhirnya kepada akhlak dan tarbiyah, semuanya melencong. Walhal untuk
menegakkan Islam harus bermula dari sisi aqidah, kerana aqidah asas kepada
Islam.
Masyarakat
awam melihat Islam yang benar adalah Islam yang diperjuang oleh kelompok yang
menggunakan label Islam. Mereka percaya kepada golongan ini, sampaikan seorang
artis yang tidak pernah menghadiri kuliah agama, apabila taubat lalu esoknya
telah digelar ustazah lalu diusung sana sini untuk member kuliah.
Benarlah
ini zamannya di mana Rasulullah bersabda “akan datang kepada manusia
tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan
sedangkan orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan yang
amanah dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.“ Ada
yang bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab
“Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat.” (Riwayat Ibnu Majah).
Ketahuilah bahawa kita telah berada di zamannya!
Kalaulah
pengharaman label Islam ini ditentang oleh orang Islam dalam Negara ini, maka
apakah mereka akan menyesatkan dan membangkang tindakan Abu Bakar dan Uthman?
Jika mereka meredai tindakan Khalifah Ar Rasyidin lalu kenapa mereka tidak mahu
mentaati pemimpin Negara ini?